APA ERTINYA CINTA II
Hari ini aku mulakan dengan misi 7 hari mencari apa ertinya cinta.
Aku akan pergi setelah 7 hari, Itu janji aku pada diriku.
DAY 1
Seawal pagi lagi aku sudah wish good morning padanya setelah beberapa hari tiada ucapan itu dari aku mahupun dia.
Tipulah andaiya aku tidak rindu pada semua itu. Ya, aku rindu pada rutin kami. Bukan semudah itu untuk aku buang kenangan yang pernah aku lalui bersamanya.
Pelik.. Kenapakah perasaan aku begini? Benarkah apa yang aku rasakan ini? Aku tidak tahu apakah yang aku rasa disaat ini. Hatiku berdebar – debar bila mendapat text dari dia. Bukan perasaan ini yang aku minta, ia hadir tiba – tiba. Perasaan ini sama seperti ketika aku bersama dia. Tapi bukankah perasaan itu sudah berlalu pergi? Atau ianya hanya sekadar mainan emosi?
Resah hatiku selalunya ada, fikirkan kamu setiap waktu ku*
Aku sangat takut, ya aku takut. Aku takut untuk mempunyai perasaan seperti itu lagi kepadanya. Cukuplah sekadar perasaan sayang dan rindu sebagai seorang kawan baik. Aku tidak mahu ianya lebih dari itu. Sungguh aku tidak mahu. Aku tidak mahu mengganggu kehidupan bahagianya.
Satu perkara yang aku tidak pernah berkongsi dengan orang lain kecuali rakan serumahku.
Aku perasan perkara ini sejak dari hari pertama perkenalan kami lagi.
Bila aku teringat dia, pasti handphone ku berbunyi menandakan whatapps masuk dari dia.
Bila aku merindui dia, pasti dia akan muncul.
Setiap kali aku selesai titipkan namanya didalam doaku, pasti dia akan hadir.
Dia akan merasa apa yang aku rasakan kerana, setiap kali aku rasa sesuatu pasti dia akan ada.
Aku harap kali ini, tidak akan terjadi perkara seperti itu. Walaupun jauh disudut hati kecilku menginginkan ia. Tapi benak fikiranku tidak membenarkan nya.
Ohh apakah ini…
Petang ini.. aku merasa terlalu rindu padanya.
Perasaan yang telah hilang dan kini ia muncul kembali. Aku cuba untuk berbuat seperti tiada apa - apa. Tapi, semakin aku cuba menafikannya, semakin kuat dengup jantungku.
Hari ini berjalan seperti biasa, kami masih lagi berhubung tapi tidaklah semesra dahulu. Mungkin kami masih kekok agaknya. Lagipun aku tidak mahu dia merasa terganggu dengan kehadiranku kerana aku tahu dia sedang bahagia sekarang.
Selalunya, setiap kali aku pulang pasti akan ada text dari dia.
Sayang, dah sampai mana tu?
Sayang dah sampai rumah? Harini masak ke beli?
Baby dah sampai ni.. wekkk!
Semua itu sudah berlalu pergi. Rindunya aku pada dia!
Sepanjang perjalanan pulang, fikiran dan hatiku asik terfikir dan teringatkan dia. Tidak keruan rasanya. Sesampainya dirumah aku menghantar voice note berbunyi;
‘’wehh u dah sampai rumah ke, tetibe pulak I rasa rindu kat u.. rasa kelaka pulak kan hahahaha‘’
Sebenarnya aku malu untuk menyatakan yang aku rindu padanya. Tapi itulah aku. Aku boleh menjadi diriku bila bersamanya. Aku boleh bercerita dan meluahkan apa sahaja dengannya.
Selang sejam, voice note darinya aku terima.
‘’dah sampai umah tadi, ehh rindu pulak dia? Ni dah rindu – rindu ni macam mana nak buat?
Aku membiarkan sahaja voice tu berlalu pergi tanpa membalasnya.
Sejam kemudian aku terima satu lagi voice note darinya. Aku tersenyum sendiri mendengarnya, kerana itulah yang aku terfikirkan sejak awal tadi. Kedengaran alunan suara merdunya mengaji. Allamdulillah. Berbunga – bunga hatiku kerana dia masih mengingati apa kesukaan aku.
DAY 2
Pagi – pagi aku sudah menghantar voice note kepada dia kerana aku inginkan setiap pagi selama 7 hari ini suara pertama yang akan di dengarinya adalah suara aku.
‘’assalamualaikum tuan putera, selamat pagi, semoga harini lebih baik dari semalam, semoga dia berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah ………‘’
Voice aku dibalas dengan ‘’waalaikumusalam dan selamat tuan puteri…. ….. I dah sampai campus ni, baru je sampai.. werkk! werkk! ‘’
Aku gembira. Sungguh gembira kerana kawan yang aku kenal dahulu telah kembali.
Nada suaranya, ayat yang digunakannya, gaya percakapannya cukup untuk aku tahu yang my tuan putera is back! Yahoo. Tuan putera ialah panggilan pertama aku beri kepadanya. I love to call him like that.
Sepagian ini di penuhi dengan voice note diantara kami, its look like old times.
Sewaktu aku menghabiskan masa makan tengahari bersama kawan – kawan di cafeteria, tidak semena – menanya hatiku bergetar teringatkan dia. Aku teruskan sahaja berbual dengan mereka kerana aku malas hendak melayan perasaan itu. Tapi aku tidak boleh, lantas aku melihat telefon. Manalah tahu seandainya ada text dari dia. Ya, memang ada text dari dia. Kebetulan apakah ini?
Kami ber ‘’ WhatsApp ‘’seketika dan dengan tiba – tiba idea gila aku muncul
Awak ..
Ye saya..
Awat – awat
Tell me
(Sambil aku menghantar gambar kepadanya)
Haa kenapa ngan gambar tu?
Pakai dp ws.. sebab that’s my old friend
Kejap .. katanya
Akhirnya dp WhatsApp’s dia bertukar. Aku sengaja meminta dia berbuat begitu kerana ingin meninggalkan kenangan manis buat dia setelah aku pergi. Aku amat menyukai gambar itu, pernah sekali dia menukar gambar dp WhatsApp’s, tetapi aku meminta dia menukar kembali kepada gambar itu.
Sambil menonton drama bersiri 7 hari mencintaiku, jantungku bergedup kencang teringatkan dia dengan tiba - tiba. Lantas aku melihat telefon, ya ada voice note dari dia. Sungguh kebetulan. Biarlah, aku malas hendak memikirkan dan melayan sangat perasaan itu. Aku harus kuat untuk melawan perasaan itu. Cintakah aku pada dia?
Malam yang sunyi terus berlalu, sesekali kedengaran bunyi anjing menyalak memecah keheningan sunyi malam. Tiada ucapan selamat malam dari dia seperti selalu. Lalu aku tidur dengan perasaan yang sedih, mengharapkan ditemani oleh mimpi – mimpi indah.
DAY 3
Seperti dua hari lalu, aku kuatkan hati untuk terus menghantar voice note seawal pagi. Tidak tahu apa yang aku rasa pagi ini. Bermacam perasaan yang singgah di hati. Cemburu kah aku? Kenapa aku perlu cemburu? Kerana dia lambat membalas voice note aku kah atau kerana aku sedang melihat dia gembira dan bahagia? Kenapa pula aku perlu cemburu, bukahkah aku sudah ikhlaskan segalanya? Atau aku hanya sekadar berlakon untuk memujuk hati sendiri?
Petang ni aku rasa tidak kuat, sungguh aku tidak kuat untuk semua ini. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapinya. Walaupun aku sedang berpura – pura tiada apa yang berlaku tapi, aku juga manusia biasa yang lemah. Yang mempunyai hati dan perasaan.
Aku penat, penat untuk berpura – pura yang aku gembira. Aku terpaksa kerana aku tidak mahu sesiapa pun yang perasan akan kesedihan yang aku rasai.
Jauh disudut hati ini aku terasa kehilangan yang amat sangat.
Aku perlu kuat, kuat menghadapi ujianMU ini ya Allah. Aku masih ada keluarga dan kawan – kawan yang menyanyangi aku.
3 hari lalu aku berterus – terang padanya yang sebenarnya aku yang berubah dahulu. Perasaan itu berlalu pergi begitu sahaja. Tapi, sejak dari hari aku berterus – terang tempoh hari dan saat aku mulakan misi 7 hari ini, perasaan itu muncul kembali. Permainan perasaan apakah ini?
Disebelah petang aku menghantar voice note kepadanya.
U.. malam ni I call ya
Dia menjawab ok.
Kami bersembang seperti tiada apa yang berlaku. Aku meminta dia menyanyikan lagu Hazama (Relakan Jiwa) dan meminta dia menghadiahkan lagu Judika (Setengah Mati Merindu) sebagai hadiah harijadiku. Dia memang mengetahui itu adalah lagu kegemaranku. Dia tidak pernah lupa akan lagu itu. Lama juga kami berborak. Aku berterus – terang kepadanya yang aku rindukan dia, aku sayangkan dia. Melampaukah aku mengungkapkan kata – kata seperti itu kepada dia?
Day 4
Hari ini tiada voice note atau text selamat pagi yang ku hantar padanya. Kerana bagiku cukup lah tiga hari itu. Aku tidak mampu lagi untuk meneruskannya. Hatiku sakit, sakit bagai dihiris belati tajam.
Tetapi pagi ini dia menghantar text kepada aku.
10.00 am
Asslaammualaikum
Good morning u
Semoga hari jumaat u ni berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya
12.00 pm
Busy ke tu
👀
2.00 pm
It was nice talking to u 👍 great talk
Aku biarkan sahaja WhatsApp’s itu berlalu tanpa balasan.
Biarlah lagu Setengah Mati Merindu yang kau nyanyikan semalam sebagai lagu terakhir kau untukku. Aku minta kau menghantar voice note lagu itu sebagai peneman disaat aku merindui kau. Sesungguhnya kau tidak pernah menolak permintaanku. Akan aku sematkan perbualan kita semalam sebagai hadiah dan memori terindah dari kau untukku. Aku bahagia dapat meluahkan apa yang aku rasa. Terlepas rasanya bebanan rindu yang aku tanggung.
Cukuplah untuk semua ini. Aku sudah tidak sangup untuk berbohong, berbohong pada diri sendiri. Mungkin aku boleh membohongi orang lain, tetapi aku tidak mampu untuk membohongi diri sendiri. Ya, aku sayang & cintakan kau. Bodohkah aku kerana merasa semua itu untuk lelaki yang telah berubah hati? Mudah sungguh kaum lelaki berubah. Di sini kau kata sayang, disana kau kata sayang. Pantas benar kau membuang perasaan kasih sayang cinta & rindu yang kau canangkan kepada aku dulu. Kini kau berbahagia bersama kekasih barumu. Sikit pun kau tidak pernah kisah akan perasaan aku disini. Tidak sedikit pun kau menjaga hati dan perasaan aku. Sudah hilangkah semua perasaan kau pada aku? Atau selama ini hanya lakonan kau semata – mata?
Day 5
Aku berjaya menyibukkan diri dengan pebagai aktiviti yang telah dirancang agar sedikit sebanyak aku dapat melupakan kesakitan yang dialami. Walapun harini aku menyibukkan diri tetapi kau tak pernah hilang dari kotak fikiranku. Kenapa? Kenapa kau tidak pernah hilang dari fikiranku? Aku mencuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan kau, tetapi mengapa kau sentiasa ada dalam kotak fikiranku? Hari berlalu dengan kenduri kendara, shopping, memandu 120 – 140 km sejam. Kadang – kadang terfikir alangkah seronoknya menjadi kanak – kanak kerana mereka tidak perlu merasai kesakitan dan kepedihan ini.
Tiada sebarang text dari aku mahupun dia pada harini.
Day 6
Aku bangun seperti biasa pada hari ini. Bangun dari tidur dengan perasaan rindu dan tertanya – tanya bagaimanakah keadaan dia? Sihatkah dia? Gembirahkah dia? Namun aku malas untuk melayan perasaan itu lalu aku mengambil keputusan tidur semula. Orang kata tidak baik tidur selepas subuh tapi oleh kerana aku malas hendak terbuai – buai oleh perasaan rindu, lantas aku memejamkan mata menyambung tidur semula. Aku bangun semula kira – kira 2 jam kemudian dan melihat ada text dari dia. Kenapa ada sahaja text dari dia saat aku merasa rindu?
Assalammualaikum selamat pagi akak nora
Semoga hari u berjalan dengan baik dan dipermudahkan segalanya
Jgn lupa mandi n makan
Aku masih tidak membalas text dari dia.
Aku masih lagi menyibukkan diri dengan jemputan kenduri keluarga terdekat, membeli belah dan melawat sahabat baikku yang kematian suami minggu lalu dan seorang lagi sahabat baikku yang baru sahaja selamat melahirkan anak 3 minggu lepas. Aku bahagia kerana adanya sahabat seperti meraka. 20 tahun kami bersama – sama menempuhi suka duka dan liku – liku kehidupan yang penuh onak berduri. Apa sahaja yang mereka tidak tahu mengenai aku? Kami tidak pernah berahsia antara satu sama lain. Aku bersyukur dengan adanya mereka.
Sebelah malam, aku tergerak hati untuk membalas text darinya;
nyanyi n ngaji
😆
Eh 😅
Hahahaha alright
Insya Allah
Lalu voice note lagu Jomblo Happy dan alunan suranya mengaji ku terima
Btw nape blue ticked je?
Kena la jawab
I ingat i ada buat salah sampai u blueticked je macam terasa!
Yelah u tak reply cuma blueticked je
So i assume la i ada buat salah kat u
Aku membiarkan soalan itu tanpa menjawabnya. Setelah beberapa kali soalan yang sama di ajukan, barulah aku menjawab.
Aku
saje je nak rasa rindu.. then baru jawab
Dia
Haa dah rasa kan
So u blueticked je sebab tak rindu
Aku
dia ni kan
bukan mcm tu
gile tak rindu !
selama ni text dia 24/7 kot
bukan senang nak hadam bile tetibe tak de
Dia
Haa i see
Tkpelah
I selalu dekat sini je
Day 7
Masih ada ucapan selamat pagi dari aku dan dia. Cuma agak lewat tidak seperti selalu. Pagi ini aku sengaja meminta selfie dari dia. Permintaan ku sentiasa ditunaikan tapi kali ini aku lihat raut wajahnya agak serabut tidak seperti selalu. Mungkin dia letih setelah berpenat lelah mencuci kereta. Walaupun sebelum ini dia letih melakukan kerja – kerja rumah, tapi tidak pernah ku lihat raut wajahnya serabut seperti itu. Aku tidak tahu mengapa aku berperasaan sebegitu. Aku mengharapkan yang terbaik buatmu wahai kawan.
Kami masih lagi ber texting seperti biasa.
Petang itu aku mengajak housemate menemani aku membeli belah di Pavilion. Aku membeli apa sahaja yang aku teringin. Shopping is the best therapy untukku. Belilah apa sahaja asalkan kau mampu. Aku sudah lama tidak membeli – belah kerana apa yang ada sudah cukup untukku. Tapi kali ini aku bagai tidak dapat mengawal nafsuku untuk membeli.
********
Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah kerana aku berjaya mengharungi 7 hari ini dengan penuh kesabaran. Walaupun terkadang aku tergelincir kesedihan dalam kedukaan. Sesungguhnya kesabaran dan kekuatan itu adalah datang dariMu.
Semalam tamatlah misi 7 hari aku mencari apa ertinya cinta. Harini aku mulakan dengan senyuman manis yang terukir dibibir, semangat & kekuatan yang baru.
Terus terang aku katakan bukan mudah untuk aku harungi ini semua. Terkadang ada masanya aku merasa sangat - sangat kehilangan. Kehilangan insan yang sentiasa berada bersama aku mengharungi liku – liku kehidupan. Aku sudah terbiasa dengan adanya dia disisi berkongsi cerita gembira sedih suka duka. Bayangkan lah betapa sukarnya aku untuk melepaskan semua itu pergi. Sungguh berat, berat melepaskan rasa indah & gembira bila bersamanya.
Terima kasih keluarga dan sahabat kerana berasa disisi tanpa rasa jemu memberi sokongan & kekuatan untuk aku bangun semula mencari dan membina diri aku yang telah hilang. Tanpa sokongan kamu aku tidak mampu untuk mengharungi ini semua sendirian. Perit rasanya. Hanya padaMu ya Allah tempat aku mengadu segalanya.
Ya, sesungguhnya aku redha melepaskan dia pergi kerana aku gembira dan bahagia bila melihat dia merasa dan menikmati semua itu. Namamu akan sentiasa berada dalam doaku dan kau akan tersemat sebagai anugerah terindah dilubuk hatiku yang paling dalam.
Rasa cinta, kasih, sayang dan rindu itu adalah anugerah. Anugerah yang tidak ternilai harganya. Cuma pesanku, berpada - padalah dalam mencintai dan menyayangi seseorang kerana rasa cinta itu tidak kekal. Ianya hanyalah kebahagian palsu yang sementara. Jangan tersalah tafsir antara cinta dan nafsu. Jangan mencintai kerana paras rupa & harta, cintailah seseorang kerana Allah. Belajarlah untuk menyayangi mencintai dan menghargai diri sendiri dahulu sebelum belajar untuk mencintai orang lain. Hormati dan jagalah perasaan insan yang kau cintai kerana tanpa sedar kau akan rasa kehilangan apabila ianya pergi dan tidak akan kembali. Kita memang mudah bertemu dengan insan yang kita suka tapi, untuk mencari yang serasi itu adalah amat sukar. Fahamilah apa erti cinta. Ianya bukan sekadar hanya kata – kata. Ianya memerlukan pengorbanan yang besar.
Bak kata orang
“kalau dah jatuh cinta, couple is not the conclusion, be friend and get married whenever your are ready for it“.
Kita ada perancangan tersendiri, tetapi sebaik – baik perancang adalah Allah swt.
Selamat tinggal u, insyaAllah suatu hari nanti andainya takdir kita pasti akan bertemu.
***berdasarkan pengalaman dan kisah hidup BFF
NAMA PENA : MELATI PUTIH
Wassalam