Quantcast
Channel: masturadin.com
Viewing all 524 articles
Browse latest View live

PERUBAHAN JADUAL WAKTU PERJALANAN KOMUTER BERMULA 27 MEI 2016

$
0
0

PERUBAHAN JADUAL WAKTU PERJALANAN KOMUTER BERMULA 27 MEI 2016

Perubahan jadual waktu perjalanan komuter bermula 27 Mei 2016, maklumat lanjut di laman web KTM

Assalammualaikum Dunia... Pagi rabu yang hening ni kami dikejutkan dengan pengumuman perubahan jadual waktu perjalanan komuter di sekitar lembah klang..

Perubahan jadual waktu perjalanan komuter yang bermula 27 Mei 2016 ini adalah disebabkan kerja-kerja menaiktaraf insfrastruktur secara berperingkat (2016-2019).. untuk maklumat lanjut boleh layari website KTM yer kekawan...

Daripada pengumuman yang MD dengar di Stesen Komuter Bank Negara kelmarin, kekerapan jadual waktu perjalanan komuter adalah seperti berikut :-

  • Laluan Pelabuhan Klang > Laluan Sungai Buloh - setiap 15minit ke 30minit
  • Laluan Pelabuhan Klang  > Laluan Tanjung Malim - setiap 60minit ( Bermula 4petang-8malam)

Kalau nak tau jadual waktu perjalanan lebih terperinci lagi boleh klik kat bawah ni:-
(Sila pilih dan klik pautan laluan komuter untuk maklumat lanjut)
 

Jadual Perkhidmatan KTM Komuter :
  1. Batu Caves - Seremban (Isnin - Jumaat)
  2. Seremban - Batu Caves (Isnin - Jumaat)
  3. Batu Caves - Seremban - Batu Caves (Sabtu - Ahad & Cuti Umum)
  4. Tanjung Malim - Pelabuhan Klang - Tanjung Malim (Isnin - Jumaat)
  5. Tanjung Malim - Pelabuhan Klang - Tanjung Malim (Sabtu - Ahad & Cuti Umum)
  6. Seremban - Pulau Sebang - Gemas
  7. Seremban - Gemas
 
Jadual Komuter Sektor Utara :

  1. Kamunting - Butterworth
  2. Padang Besar - Gurun - Butterworth 

Sumber : 

Wassalam

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

$
0
0

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN


persediaan menghadapi ramadhan, perkara yang perlu dilakukan ketika ramadhan, doa bulan rejab

Assalammualaikum Dunia... Tahun ni terasa pantas sangat masa berlalu, sedar tak sedar lagi 2 hari nak masuk bulan Ramadhan kan...Bila Ramadhan bakal menjelma tiba, pelbagai persediaan perlu dilakukan agar Ramadhan kali lebih baik dari tahun-tahun lepas...


Antara Persediaan Menghadapi Ramadhan yang perlu dititik beratkan adalah :-


1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal'afiat
Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima dalam bulan ini, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.

2. Bersyukurlah dan memuji Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita
Di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal'afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. 
Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan.
4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin daripada bulan Ramadhan. 
Ramadhan sangat singkat. Justeru isilah setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah seperti tadarus Al-Quran, zikir, solat sunat, bersedeqah, menjamu orang berbuka puasa, solat terawih dan solat malam.
5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan
Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan.
6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah dalam bulan Ramadhan
Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. 
7. Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk
Bertaubatlah dengan bersungguh daripada segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.
8. Siapkan jiwa dan ruh kita dengan bacaan yang membantu proses tazkiyatun-nafs. 
Hadiri majlis ilmu yang membicarakan tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.
9.  Hiasilah rumah dan diri. 
Marilah kita menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan kita menyambut Ramadhan seperti menggantung banner “Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak” dan lampu warna- warni. Hiasilah diri dengan pakaian yang baik dan wangian yang segar ketika beribadah kepada Allah  contohnya seperti ketika menunaikan solat terawih. Berbelanjalah sedikit untuk kegembiraan kita menjelang Ramadhan.
10.  Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
  • Kepada Allah, dengan taubat nasuha
  • Kepada Rasulullah SAW, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan melaksanakan sunnah-sunnahnya.
  • Kepada orang tua, isteri-isteri, anak-anak, dan sahabat-sahabat serta kaum kerabat, dengan mengeratkan hubungan silaturrahim
  • Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah paling bermanfaat bagi orang lain.

Dipetik dan diolah daripada KMIT
Mohamad Nor Sazelim Bin Mohamad
NYDP ISMA DHL

CARA-CARA MEMBUAT CRISPY GOLDEN EGG

$
0
0

CARA-CARA MEMBUAT CRISPY GOLDEN EGG

cara membuat crispy golden egg, telur emas, resepi ala sushi king, menu berbuka puasa

Assalammualaikum Dunia... Haritu try buat crispy golden egg a.k.a telur emas.. Empunya resepi ni bagitau ni favourite Encik Husband dia kalau pergi makan dekat sushi king...


Nak dijadikan cerita, lepas siap buat crispy golden egg ni, MD offerlah dekat Uwais...

MD : Uwais... nak telur tak?
Uwais : Hah?.. (mata tengok telur)... tak naklah...telur buruk...
MD : $%%%%^****( ..... Hahahahah...(sabo jelah Mokde dengo nak oiii)

BAHAN-BAHAN CRISPY GOLDEN EGG

5 biji Telur 
1 biji telur mentah
Tepung gandum
Garam
Lada Hitam
Breadcrumb / serbuk roti

CARA-CARA MEMBUAT CRISPY GOLDEN EGG

cara membuat crispy golden egg, telur emas, resepi ala sushi king, menu berbuka puasa

1. Telur direbus sehingga masak.. bila sudah sejuk kopek kulit dan ketepikan dahulu...
2. Dalam mangkuk lain pecahkan sebiji telur dan kacau-kacaukan..
3. Dalam satu lagi mangkuk lain campurkan tepung gandum dengan sedikit garam dan lada hitam... gaul-gaulkan...
4. Telur yang telah direbus tadi golekkan dekat telur mentah, kemudian golekkan dekat tepung gandum.. ulang sebanyak 4 kali sampai salutan itu boleh dibulatkan...
5. Last sekali golekkan semula dekat telur mentah dan salutkan dengan breadcrumbs...(cara membuat homemade breadcrumbs)
6. Dah siap semua, masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit...
7. Bila nak makan, keluarkan dari peti sejuk dan gorengkan atas api sederhana sehingga warna keemasan...Angkat dan toskan..
8. Siap untuk dihidang... sedap dimakan bersama coleslow..

SELAMAT MENCUBA... :)

Wassalam


GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN

$
0
0

GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 


GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 




Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin




SYARAT WAJIB UNTUK GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN


Syarat-syarat Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin kali ini mudah je. 

1. Buat satu entri blogyang bertajuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

2. Hanya like dan follow

Facebook : Rina Salleh Clothing
Instagram : Rina Salleh Clothing
Facebook : beautysweet2u
Instagram : beautysweetglobal

3. Jangan lupa, tinggalkan komen link entri blog di ruangan komen entri INI


SYARAT-SYARAT LAIN UNTUK MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN

:-

Syarat- syarat tak wajib follow dan like. Tapi, kalau nak follow dan like pun boleh. sangat di alu-alukan.

Follow blog azlindaalin,   Add To Circle Google+ Azlindaalin ,  Follow Instagram Azlinda Alin , Like Fanpage azlindaalin.com



Antara hadiah yang di tawarkan untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin ini ialah :-


* 1 kotak BS Fibre dari Beauty Sweet + Kad Raya Azlinda Alin untuk3 Pemenang

* Tudung Raya dari Rina Salleh Clothing + Kad Raya Azlinda Alin untuk2 Pemenang

* Duit Raya RM10 + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Brooch Tudung / Butang Baju Melayu + Kad Rayauntuk 2 Pemenang

Bloglists(untuk daily blog walking) + Kad Rayauntuk 5 Pemenang


      Tarikh Mula Giveaway : 
      2 Jun 2016 (Anniversary / Ulang Tahun Perkahwinan)

      Tarikh Tamat Giveaway :  
      25 Jun 2016 11.59 malam (Hari Jadi Dzal Aidi Fiqry) 

      Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada : 
      27 Jun 2016 (Isnin)


      Terima kasih kerana sudi sertai Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. Semoga berjaya ;)


      Wassalam

      APA KOMEN PENGGUNA MENGENAI BIOBAX COOL THERAPHY?

      $
      0
      0

      APA KOMEN PENGGUNA MENGENAI BIOBAX COOL THERAPHY?

      testimoni, biobax cool theraphy, petua menghilangkan sakit pinggang

      Assalammualaikum Dunia... Ingat lagi tak tentang review MD mengenai produk Biobax Cool Theraphy?.. Boleh refer entri ni >>> BIOBAX COOL THERAPHY MEMBANTU MELEGAKAN KESAKITAN DENGAN CEPAT


      Nak tau produk Biobax Cool Theraphy ni benar-benar berkesan ataupun tidak, jom baca komen-komen daripada testimoni Biobax sendiri...

      TESTIMONI BIOBAX COOL THERAPHY

      testimoni, biobax cool theraphy, petua menghilangkan sakit pinggang

      Testimoni 1 -  "Alhamdulillah tak rasa sakit lagi.. bau pun wangi"


      Testimoni 2 -  "Alhamdulillah sakit belakang dah ok.. akak pakai 3 hari je"



      Testimoni 3 -  "Biasa kejang urat dibahagian betis terasa sakit, bila sapu biobax sakit dah hilang"


      testimoni, biobax cool theraphy, petua menghilangkan sakit pinggang

      Testimoni 4 -  "Alhamdulillah lepas sapu ubat tu, bangun pagi sakit pinggang dah berkurang"

      Testimoni 5 -  "Bila banyak sangat pegang handphone, tangan MD akan jadi sengal-sengal dan lenguh.. so sebelum tidur MD akan pastikan sapu Biobax Cool Theraphy dulu, Alhamdulillah bangun esok paginya sengal-sengal dan lenguh dah takde lagi" - DIRI SENDIRI

      testimoni, biobax cool theraphy, petua menghilangkan sakit pinggang

      Memandangkan sekarang ni pun bulan Ramadhan, bagi anda-anda yang mengalami sakit lutut, sakit pinggang atau sewaktu dengannya dan tak boleh nak solat tarawih lama-lama digalakkan try Biobax Cool Theraphy ni... hanya Spray dan sapu sahaja, In shaa ALLAH masalah anda dapat diselesaikan malah ia dapat memberikan keselesaan dan kelegaan kepada anda ketika solat...

      So apa tunggu lagi? Jangan lupa Whatsapps 019-3671980 (Yana) untuk membuat tempahan atau mahu menanyakan maklumat lanjut. 

      Ataupun boleh layari ke :-


      Wassalam

      RESEPI APAM NASI

      $
      0
      0

      RESEPI APAM NASI

      resepi apam nasi, menu juadah berbuka puasa, resepi daripada nasi

      Assalammualaikum Dunia... Bulan Ramadhan ni pasti ramai ibu-ibu yang ingin membuat kuih muih untuk juadah berbuka puasa kan...bagi yang ada baki nasi sahur tu bolehlah buatkan apam nasi yer... ni MD kongsikan resepi apam nasi untuk dicuba oleh para ibu sekalian... 

      BAHAN-BAHAN APAM NASI

      • 2 cawan nasi (pastikan bukan nasi dari beras wangi yer)
      • 2 cawan tepung gandum
      • 2 cawan tepung beras
      • 1 1/2cawan gula pasir (boleh kurangkan bagi yang tidak sukakan manis)
      • 2 1/2 cawan air
      • 2 sudu kecil yis (mauripan)
      • kelapa parut dengan sedikit garam


      CARA-CARA MEMBUAT APAM NASI

      1. Blendkan nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
        2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
          3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
            4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
              5. Perap selama 3 jam. (Jika inginkan apam nasi yang berwarna warni boleh letakkan pewarna mengikut suka)
                6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
                  7. Sapukan sedikit marjerin dan tepung gandum pada acuan kecil. (MD guna loyang besar je sebab takde bekas kecik-kecik dekat rumah)
                    8. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit...(kalau guna loyang besar, kukus dalam 30minit-45minit)
                      9. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan bersama sambal tumis atau makan begitu saja..
                        SELAMAT MENCUBA :)

                        sumber resepi : GOOGLE

                        Wassalam


                        Segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

                        $
                        0
                        0

                        Segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

                        Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?

                        shawl murah, Segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA


                        Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

                        Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

                        Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

                        Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

                        Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

                        wide-shawl-exclusive


                        shawl murah, Segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA





                        Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

                        1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
                        3 helai RM 100.00 termasuk postage 

                        CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

                        Wassap : 0196141393

                        Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

                        Ig : exclusive_by_papaglamz
                        FB : Papaglamz
                        Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

                        Wassalam

                        RESEPI PECEL AYAM BONDE

                        $
                        0
                        0

                        RESEPI PECEL AYAM BONDE


                        resepi pecel ayam, cara buat ayam masak pecel, menu ayam, menu berbuka puasa
                         Assalammualaikum Dunia... Dek sebab Mak teringin nak makan ayam masak pecel, makanya jadilah ia menu berbuka puasa kami semalam...sambil Mak masak sambil tu MD menyibuk amek gambar step-step nak masak ayam pecel ni...hehehe...ok, ni MD sharekan resepi pecel ayam bonde untuk peminat makanan orang jawa... 

                        BAHAN-BAHAN AYAM MASAK PECEL

                        10 ketul isi ayam 
                        5 biji Bawang Merah
                        2 ulas Bawang Putih
                        Segenggam Cili Padi 
                        Cekur - Ikut suka
                        Asam jawa -secukupnya
                        Santan kotak - anggaran dalam 1/2 kotak besar
                        Garam - secukupnya
                        Serbuk perasa - secukupnya
                        Serbuk Kunyit (Untuk goreng ayam)


                        CARA-CARA MEMASAK PECEL AYAM

                        resepi pecel ayam, cara buat ayam masak pecel, menu ayam, menu berbuka puasa
                        1 . Ayam digoreng (tidak perlu terlalu garing) @dibakar terlebih dahulu...Kemudian ketuk-ketukkan ayam tu.. (Jangan sampai hancur)
                        2. Blendkan bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur, dan air asam..
                        3. Masukkan ayam ke dalam periuk dan tuangkan bahan yang telah dikisar tadi...
                        4. Masukkan santan, garam dan serbuk perasa dan hidupkan api sederhana... (kalau nak lagi sedap, gunakan santan kelapa parut)
                        5. Kacau kacau sehingga mendidih agar tidak pecah santan... agak-agak dah serap kuah dengan ayam boleh tutup api.. (tapi kalau suke yang kering boleh masakkan sampai kuah pekat)
                        6. Siap dan sedia dihidang...

                        SELAMATMENCUBA :)

                        Wassalam


                        RESEPI CUCUR ROTI

                        $
                        0
                        0

                        RESEPI CUCUR ROTI

                        resepi cucur roti, cekodok roti, juadah berbuka, tanpa telur

                        Assalammualaikum Dunia... Malam haritu tetibe tekak terasa nak makan cekodok tepung... tapi bile terpandangkan roti yang banyak, so terus ubah resepi jadi cucur roti.. ni pun Atok yang ajar cara nak membuatnya.. hehe


                        BAHAN-BAHAN CUCUR ROTI

                        5 keping roti putih (Gunting dadu kecil-kecil)
                        2 biji bawang besar
                        Serbuk lada sulah 
                        Sedikit Soda Bikarbonat
                        Tepung gandum secukupnya
                        2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus)
                        Sedikit ikan bilis 
                        Garam secukup rasa
                        Air secukupnya

                        CARA-CARA MEMBUAT CUCUR ROTI resepi cucur roti, cekodok roti, juadah berbuka, tanpa telur

                        1) Gunting / potong roti dadu kecil-kecil...dalam mangkuk lain, campurkan tepung, soda bikarbonat, daun sup, serbuk lada sulah dan garam...
                        2) Blenderkan bawang besar, ikan bilis dan sedikit air.. Bancuhkan adunan tepung tadi dengan bahan yang telah dikisar.. boleh tambah air jika adunan keras..tapi jangan terlalu cair...
                        3) Masukkan roti yang telah dipotong dadu dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati..
                        4) Panaskan minyak dan buat macam jemput-jemput bulat... Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan..
                        5) Angkat dan toskan....
                        6) Sedia untuk dihidang...sedap dicicah bersama sos.. 

                        SELAMAT MENCUBA.. :)

                        Wassalam


                        [KUDAP KUDAPAN SELEPAS TERAWIH] KEREPEK GUNTING

                        $
                        0
                        0

                        [KUDAP KUDAPAN SELEPAS TERAWIH] KEREPEK GUNTING

                        resepi kerepek gunting, kuih raya 2016, kuih raya mudah


                        Assalammualaikum Dunia... Biasanya memalam selepas terawih mulut tentu macam nak mengunyah something yang ringan-ringankan... Makanya terjadilah kerepek gunting ni untuk kudap kudapan lepas terawih..hehehe...


                        Kalau korang ade mesin mee, proses membuat kerepek ni akan jadi lagi mudah dan jimat masa...tapi kalau takde kena potong sesatu tu memang makan masa jugaklah... sakit pinggang mak noks nak habeskan 1kg tepung... hihihihi...

                        BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEREPEK GUNTING

                        1kg tepung gandum
                        20 tangkai lada kering - boleh tambah ikut suka **
                        4 labu bawang besar **
                        2 genggam ikan bilis **
                        2 sudu kecil jintan halus **
                        1 sudu kecil jintan kasar **
                        1/2 cawan minyak masak - dipanaskan
                        3 sudu besar marjerin
                        300ml santan / susu cair**
                        Garam secukup rase**
                        Sedikit serbuk kunyit**
                        Daun Kari - dihiris

                        CARA-CARA MEMBUAT KEREPEK GUNTING

                        resepi kerepek gunting, kuih raya 2016, kuih raya mudah
                        1. Kisarkan bahan bertanda ** sehingga halus...
                        2. Dalam mangkuk lain, ramaskan tepung dengan marjerin kemudian tuangkan minyak yang telah dipanaskan.. Gaul sehingga sebati...
                        3. Selepas itu tepung diuli bersama bahan-bahan yang telah dikisar.. Uli sehingga menjadi doh...
                        4. Buat bebola kecil-kecil dan canaikan nipis-nipis... kemudian bolehlah dipotong atau gunting mengikut suka.. (kalau ada mesin mee lagi senang)..
                        5. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan... semasa goreng taburkan daun kari sebagai penyedap rasa...
                        6. Angkat dan toskan...SIAP.. :)

                        SELAMAT MENCUBA.. :)

                        sumber : FB
                        Wassalam


                        CARA-CARA MEMBUAT ROTI SOSEJ SULAMAN CINTA

                        $
                        0
                        0

                        CARA-CARA MEMBUAT ROTI SOSEJ SULAMAN CINTA

                        cara membuat roti sosej, resepi roti, sulaman cinta
                        Assalammualaikum Dunia... Entri kali ni nak share pasal resepi lagi... dan semestinya ia berkait dengan roti... hehehe... MD dan roti berpisah tiade... gitewww... nak buat lagu manakan, ayah cheq hari-hari balik bawak roti free.. sampai kekadang ketandusan idea nak buat ape dengan roti tu... hihihi...


                        Kebetulan pulak ternampak Sis Nor Izan  kongsikan cara membuat roti sosej anyam-anyam ni dekat group MAHN... MD pun terus je try...nama tu diambil sebab mase buat ni dengan sepenuh perasaan cinta yang meluap-luap...gitewww.. hahaha...  ni cara-caranya yer... 

                        BAHAN-BAHAN


                        10 keping roti
                        5 batang sosej - celur sekejap
                        5 keping cheese - Optional
                        Sedikit tepung gandum larutkan dengan sedikit air
                        Sos cili
                        Mayonis >>> Homemade Mayonis

                        CARA-CARA MEMBUAT ROTI SOSEJ SULAMAN CINTA

                        cara membuat roti sosej, resepi roti, sulaman cinta



                        1. Sosej yang telah dicelur, dipotong memanjang jadikan 4...
                        2. Lenyekkan roti kemudian potong dekat tengah roti...potong 4-5 line tapi jangan bagi putus...
                        3. Ambil potongan sosej tadi masukkan secara selang seli dekat potongan roti tu....bak kata Kak IZAN "ala-ala menganyam tikar tapi ni kita anyam roti"...
                        4. Ambil roti lain yang dah lenyek letak cheese...TAPI disebabkan takde cheese kat rumah so MD letak mayonis dengan sos sahaja.... **yang ni tak perlu potong tengah-tengah roti yer....sapu bancuhan tepung gandum disekeliling roti...
                        5. Letak roti anyam sosej tadi atasnya...potong tepi-tepi roti....biar dua-dua keping roti melekat antara satu sama lain...tekan menggunakan garfu...
                        6. Sapukan marjerin atasnya dan paipkan sos cili dan mayonis atau mayonis sahaja.... (ikut suka)
                        7. Bakar 10 minit suhu 200c...** kena adjust suhu berdasarkan oven masing-masing...
                        8. Siap dan sedia untuk dihidang...

                        SELAMAT MENCUBA :)

                        KREDIT TO : SIS NOR IZAN MUSTAPHA

                        Wassalam...






                        [BIOBAX COOL THERAPHY] PENAWAR BAGI MENGURANGKAN SAKIT PINGGANG KHAS UNTUK WANITA HAMIL

                        $
                        0
                        0

                        [BIOBAX COOL THERAPHY] PENAWAR BAGI MENGURANGKAN SAKIT PINGGANG DAN SAKIT BELAKANG KHAS UNTUK WANITA HAMIL

                        penawar sakit pinggang dan sakit belakang, cara mudah merawat sakit pinggang bagi wanita hamil, mengandung dan berpantang,biobax cool theraphy

                        Assalammualaikum Dunia... Berita gembira untuk wanita hamil atau yang sedang berpantang!!! Biobax Cool Theraphy sangat sesuai dijadikan sebagai penawar bagi mengurangkan sakit pinggang dan sakit belakang khas bagi ibu mengandung dan baru lepas melahirkan anak.... Korang hanya perlu spray dan sapukan dibahagian yang sakit...

                        Petua sakit pinggang semasa mengandung, penawar sakit pinggang dan sakit belakang, cara mudah merawat sakit pinggang bagi wanita hamil, mengandung dan berpantang,biobax cool theraphy
                        Hah tengok ni..Blogger Irine Nadia pun merupakan pengguna Biobax Cool Theraphy ni tau... 

                        Kandungan bahan yang digunakan untuk membuat Biobax adalah dari bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya. 100%daripada bahan organik dimana kandungan utama Biobax ialah Eucalyptus Oil (minyak kayu putih), Habbatus Sauda dan Olive oil (minyak zaitun)

                        Malah jika ada antara korang yang masih ragu-ragu, Biobax Cool Theraphy telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151103971K). So, korang tak perlu lagi risau tau. In sha Allah ia selamat digunakan tanpa was-was.

                        Pasti ada antara korang yang tertanya-tanyakan. Dah tu orang tak mengandung atau tak berpantang tak boleh guna Biobax ke? Hah, sebenarnya Biobax ni sesuai juga untuk semua lapisan masyarakat yang mengalami sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti :-
                        - Sakit Belakang - Ketegangan- Terseliuh - Lenguh-lenguh - Selsema/resdung
                        Harga 1 botol Biobax adalah RM85 dan untuk pengetahuan korang sekarang ni ada PROMOSI, so korang boleh dapatkan dengan hanya RM70 sebotol termasuk postages. Mungkin bila melihat harganya, terdetik dihati korang "Mak Aih Mahalnya!!!". Tapi tahukah korang yang sebotol Biobax ni boleh digunakan sehingga 500 kali semburan malah ia boleh tahan sehingga 3 bulan. Sangat berbaloikan. Jadi apa tunggu lagi, jika korang berminat boleh whatsapp/telegram kod "biobax" kepada MD (agen sah Biobax) - 0136078305.


                        Wassalam

                        RESEPI MURTABAK ROTI DAGING

                        $
                        0
                        0

                        RESEPI MURTABAK ROTI DAGING resepi murtabak roti daging, resepi menggunakan roti, cara-cara membuat murtabak daging


                        Assalammualaikum Semua... Hai, dah tau ke nak masak menu apa untuk berbuka nanti... kalau ada roti lebih-lebih yang dah tak tau nak buat apa, bolehlah try buat murtabak roti daging ni... Resepi ni MD dapat dari blog MamaJue.com ...

                        BAHAN-BAHANNYA

                        • 12 keping Roti gardenia 
                        • Isi daging cincang / daging burger ramly dihancurkan
                        • Kentang - potong dadu
                        • Bawang besar - potong dadu
                        • 3 ulas Bawang putih - cincang halus
                        • Cili padi - Optional 
                        • 2 sudu besar serbuk kari- dibancuh
                        • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
                        • Daun bawang dan daun sup
                        • Telur
                        • Susu cair
                        • Marjerin
                        • Cheesedale / cheese - (optional)
                        • Garam
                        • Serbuk perasa

                        CARA-CARA MEMASAK INTI MURTABAK ROTI DAGINGresepi murtabak roti daging, resepi menggunakan roti, cara-cara membuat murtabak daging

                        1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian tumiskankan bawang putih dan bawang besar hingga wangi. 
                        2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air sejuk, masakkan sehingga naik minyak.
                        3. Masukkan daging, kentang dan lada hitam. Masukkan sedikit air bagi sampai kentang empuk. Kacau-kacaukan jangan sampai berkerak.
                        4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau-kacau sampai masak.
                        5. Akhir sekali, Taburkan daun bawang dan daun sup. Siap.

                        CARA-CARA MEMASAK INTI MURTABAK ROTI DAGING

                        resepi murtabak roti daging, resepi menggunakan roti, cara-cara membuat murtabak daging
                        1. Dalam bekas A,  kacaukan telur dan tambahkan susu cair dalam 2 cawan.. 
                        2. Sapukan marjerin pada loyang agar roti tidak melekat.. kemudian sapukan marjerin pada roti dan celupkan dalam bekas A.. susun roti yang telah dicelupkan dengan susu cair dan telur dalam loyang mengikut saiz loyang..
                        3. Lapisan kedua letakkan inti daging dan taburkan daun sup..
                        4. Lapisan ketiga curahkan bancuhan telur tadi.. (buat adunan sampai abis dan boleh jugak kalau nak letakkan cheesedale pada setiap lapisan tu. )
                        5. Lapisan atas sekali taburkan daun bawang dan cili padi cincang (kalau nak).. dan curahkan bancuhan telur.. ** kalau nak letak parutan cheese pun boleh.. lagi sedap.. 
                        6. Bakar dalam oven dengan suhu 220'c selama 40 minit.
                        7. Siap dan sedia untuk dihidang...

                        SELAMAT MENCUBA :)

                        Wassalam

                        PERJALANAN LEBIH MUDAH DENGAN BATERIKU.COM

                        $
                        0
                        0

                        PERJALANAN LEBIH MUDAH DENGAN BATERIKU.COM

                        Our tageline- Quality is never an accident, Bateriku.com, bateri kong, perkhidmatan servis bateri kereta di semenanjung malaysia

                        Assalammualaikum Dunia... Salam Penghujung Syawal semua... Amacam sambutan hari raya tahun ni? Ade yang mengalami masalah bateri kereta kong atau masalah berkaitan dengan bateri ke sepanjang berjalan raya ni...?.. Sebelum keluar berjalan-jalan tu, jangan lupa tau pastikan keadaan kenderaan korang dalam keadaan yang baik terutama sekali bateri kenderaan tu...

                        Hah, in case lah kan, masa gerak dari rumah bateri semua OK, tetibe dah dekat jalan bateri kong dekat cover area... korang jangan gelabah tau... contact  je Bateriku.com ditalian bebas tol - 1-800-22-2324 @ 012-2458027.. Servis Bateriku.com ni meliputi kawasan Lembah Klang, Selangor, Seremban, Nilai, Melaka, Johor dan Penang...Mudahkan... Negeri-negeri lain takde ke Bateriku.com? Jangan risau, Bateriku.com akan sampai ke seluruh Malaysia pada penghujung tahun ini.. Bestkan...

                        5 SEBAB KENAPA PERLU PILIH BATERIKU.COM MASA BATERI KONG


                        1. Penghantaran, pemeriksaan dan juga pemasangan secara PERCUMA!

                        • pihak Bateriku.com tidak segera menukar bateri korang, sebaliknya melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk mengenal pasti punca masalah.
                        • jika didapati bateri kereta masih dalam keadaan elok selepas pemeriksaan, tiada sebarang caj dikenakan. Free Of Charge (FOC) dan tidak perlu susah susah hati nak beli bateri baru!
                        Bateriku.com, bateri kong, perkhidmatan servis bateri kereta di semenanjung malaysia
                        TALIAN BEBAS TOL 1-800-22-2324 
                        2. Bayar hanya harga bateri baru dipasang

                        • jika didapati bateri kereta korang memang bebetol kong, korang perlu membeli bateri yang baru. Pasal harga?.. Tidak perlu risau, korang cuma perlu membayar harga bateri baru itu sahaja. Tiada caj pemeriksaan dan pemasangan dikenakan.
                        • Bateri yang ditawarkan adalah bateri yang berkualiti (bateri yang terbaik yang sesuai dengan iklim Malaysia-panas dan lembap) disamping harga yang berpatutan.
                        • bateri dijamin pada harga terendah di pasaran, jauh lebih murah di bengkel-bengkel mahupun di kedai lapang bahagian, ditambah dengan 12 bulan jaminan asas.
                        • menyediakan bateri terapung ketika memeriksa bateri lama anda
                        Bateriku.com, bateri kong, perkhidmatan servis bateri kereta di semenanjung malaysia
                        Antara pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan Bateriku.com
                        3. Menjimatkan masa dan wang

                        • penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain secara PERCUMA
                        • jika tidak mahu membazir duit untuk telefon pihak bateriku.com, boleh whatsapp sahaja di nombor telefon seperti yang tertera. Pihak Bateriku.com akan reply whatsapp anda secepat mungkin.
                        Bateriku.com, bateri kong, perkhidmatan servis bateri kereta di semenanjung malaysia
                        Antara pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan Bateriku.com
                        4. Mesra pelanggan & servis terbaik

                        • apabila korang diberitahu untuk mendapatkan bantuan, korang akan disediakan nama dan nombor hubungan Trooper (anak kapal) Bateriku.com.
                        • tujuan nama dan nombor hubungan itu dibekalkan kepada korang adalah supaya apabila mereka sudah sampai ke lokasi korang, korang boleh mengenalpasti anak-anak kapal mereka sebelum dibenarkan untuk meneruskan bantuan
                        • staff dan troopers Bateriku.com sangat segak dengan memakai baju bateriku.com.
                        • Pekerja Bateriku.com tidak lupa untuk memakai sarung tangan dan pelapik semasa membuat kerja pemeriksaan dan pemasangan.
                        Bateriku.com, bateri kong, perkhidmatan servis bateri kereta di semenanjung malaysia
                        Menyediakan perkhidmatan daripada pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 malam 365 hari



                        Bateri kereta kong di Seremban, jangan risau bateriku.com ada
                        Servis depan rumah


                        Bateri kereta kong di Seremban, jangan risau bateriku.com ada
                        Servis depan rumah
                        5. Pembayaran boleh dibuat melalui debit dan credit card

                        • Selain bayaran melalui wang tunai, pihak Bateriku.com juga menerima pembayaran melalui kad debit atau kad kredit.. So, korang tak perlu risau kekurangan wang tunai dalam tangan.


                        Bateri kereta kong di Seremban, jangan risau bateriku.com ada
                        wahh mudahnya nak buat pembayaran jika tak cukup wang tunai!
                        Berminat untuk dapatkan perkhidmatan Bateriku.com? 
                        Alamat : 31, Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam
                        Telefon : 1-800-22-2324
                        Whatsapp : 012-245 8027
                        Fax : 03-78430106
                        Email : info@bateriku.com
                        Website URL : www.bateriku.com

                        Wassalam

                        RESEPI ONTOK

                        $
                        0
                        0

                        RESEPI ONTOK

                        ontok, resepi cucur tanpa telur, makanan orang banjar, cekodok tepung


                        Assalammualaikum Dunia.... Setelah lame tak bersiaran, akhirnya mai jugek mood nak hapdate blog..  Ni semua gara-gara banyak sangat makan ketupat mase raya ritu... Mood pun kelaut china selatan turut same meraikan Hari Raya...hihihi...


                        Harini hakak chef (hamvoiii lepas raya terus up diri jadik chef giteww... hahaha) nak share resepi baru yang hakak chef dapat dari ex housemate mase belajo dulu kala... punyelah lame mintak resepi baru ni dapat...tu pun selepas hampir 5tahun kejadian ontok tu>>>> (KISAH ONTOK)

                        Ontok?... hah korang pernah dengo tak sejenis makanan yang bernama ontok?.. Menurut kate ex housemate hakak chef ni ontok ni berasal dari bahasa Banjar... Setelah ditry buat, dengan campuran bahan-bahannya, dapat disimpulkan disini Ontok ni kemungkinan berasal daripada perkataan MONTOK... tau tak sebab ape?.. sebabnya bila nak digoreng tu , cekut masuk dalam kuali automatik dia jadi bulat bulat, gebu gebas, dan lembut giteww...Ececeh memandai je hakak chef menukar nama dan maksudnye... hehehe...Rupanya pun lebih kurang cekodok manis... Ni bahan-bahannya hokay.. :) 


                        BAHAN-BAHAN ONTOK

                        3 Senduk tepung gandum
                        1 paket mauripan
                        Garam secukupnya
                        Gula secukupnya
                        Air secukupnya
                        Minyak untuk menggoreng

                        CARA-CARA MEMBUAT ONTOK

                        ontok, resepi cucur tanpa telur, makanan orang banjar, cekodok tepung
                        rupa adunan ontok yang hampir mengembang

                        1. Campurkan tepung gandum, mauripan, garam, gula dan air ke dalam mangkuk kemudian gaulkan sehingga sebati... (adunan jangan terlalu cair dan terlalu pekat, agak-agak macam nak buat cekodok je)
                        2. Tutup dan biarkan sehingga adunan naik (macam pic atas)... (lebih kurang satu jam)
                        3. Panaskan minyak, dan gorengkan sehingga kecoklatan... (macam goreng cekodok)
                        4. Angkat dan toskan..
                        5. Siap dan sedia dihidangkan bersama sambal tumis @ sos... (tapi makan gitu je pun dh sedap)

                        SELAMAT MENCUBA.. :)

                        Wassalam

                        SIAPA LAGI KESIAN?

                        $
                        0
                        0

                        SIAPA LAGI KESIAN?

                        siapa lagi kesian, kisah aku, prince charming
                        google

                        Assalammualaikum Dunia... Alkisahnya dipagi jumaat yang hening, ketika sedang berjalan ke stesen LRT Bandaraya, tetibe dipertemukan dengan seorang Pakcik.. (hurmmm kalau Prince Charming tu syok gak..hihihi)..  Dia tegur dulu.. maka terjadilah conversation dengan dia.. antara dengar dengan tidak sebab bunyi bising kenderaan lalu lalang disitu...

                        Pakcik : Ni dorang ni buat penghadang kat sini dah tak nampak kereta lalu... 
                        MD : Muke blur.. hah? (dalam hati aku nak p kerja ni...)
                        Pakcik : (Ulang balik dialog dia) .. Apalah dorang ni, buat penghadang jalan kat sini... tadi anak Pakcik datang nak ambil tak nampak...
                        MD : ooo.. pusinglah belah sini (sambil tunjuk jalan sebenar)
                        Pakcik : Tau, tapi Pakcik dah kena tinggal... Pakcik nak amek teksi takde duit...
                        MD : (Kebetulan mase tu tengah pegang duit, belah kanan RM1.50 (untuk nasi lemak) , tangan kiri RM1.20 (untuk beli The Star) total RM2.70, dan dalam handbeg pun adelah beberapa keping duit syiling, tak withdraw lagi... Tunjuk kat Pakcik tu..) Saya ade ni je Pakcik.. Betul saya tak tipu ni je saya ade... (abeslah nasi lemakkk..sob sob..) 
                        Pakcik : Eh takpe r kalau anak takde duit.. Pakcik mintak dekat orang lain je... (muka serba salah)
                        MD : Nah r Pakcik, tapi saya ade ni je... (sambil buat muke kesian)
                        Pakcik : Takpe r Nak...(sambil nak berlalu pergi)
                        MD : Maaf ey Pakcik... (terus jalan tak tengok belakang dah)
                        Pakcik : Takpe takpe...

                        Wuarghhhh, siapa lagi kesian sebenarnye?... Pakcik tu ke MD?... Pakcik tu pun tak sampai ati dia nak amek duit MD, dah r duit syiling...Haahahaha... hurmmm...sangat susah sekarang nak withdraw duit sejak-sejak stesen komuter dah takde ATM machine... :(

                        Wassalam

                        PERUBAHAN PAKEJ KEAHLIAN POWERGOLD.BIZ BERMULA 09 OGOS 2016

                        $
                        0
                        0

                        PERUBAHAN PAKEJ KEAHLIAN POWERGOLD.BIZ BERMULA 09 OGOS 2016



                        Assalammualaikum Dunia... Bermula 09 Ogos 2016, terdapat sedikit perubahan pada setiap pakej keahlian Powergold.biz yang ditawarkan... Perubahan ini adalah disebabkan oleh kenaikan emas sebanyak 16.4% dalam tempoh 8 bulan...

                        Perubahan pakej keahlian dan produk free gift seperti berikut :



                        1. Pakej Gold
                            Keahlian : RM380
                            Free gift : 0.5g Goldcoin



                        2. Pakej SolidGold
                            Keahlian : RM450
                            Free gift : 1g Goldbar



                        3. Pakej SuperPowerGold
                            Keahlian : RM3800
                            Free gift : 5g Goldbar

                        4. Pakej SuperPowerGold
                            Keahlian : RM4500
                            Free gift : 10g Goldbar


                        Manakala, pakej keahlian dan free gift terdahulu ( seperti di bawah ) akan dimansuhkan.

                        1. Pakej Gold
                            Keahlian : RM350
                            Free gift : 0.5g Goldcoin

                        2. Pakej SolidGold
                            Keahlian : RM450
                            Free gift :  1/4 Dinar ( 1.0625g )

                        3. Pakej SuperPowerGold
                            Keahlian : RM3800
                            Free gift : 2 Dinar ( 8.5g )

                        Walaubagaimana pun konsep perniagaan, plan pemasaran/marketing plan dan bonus tiada perubahan mengikut jenis pakej keahlian.

                        Terima kasih diatas sokongan anda semua.

                        -----------------------------------

                        Sebarang pertanyaan boleh whatsapps 013-6078305. #ejenpowergold

                        -----------------------------------

                        Simpanan EMAS FIZIKAL adalah simpanan terbaik untuk kita semua. Permulaan yang baik, mulakan Istiqamah dengan menyimpan bersama Powergold.

                        "In POWERGOLD We Share, We Care


                        Info Rasmi POWERGOLD.BIZ
                        Isnin, 08/08/2016
                        ------------------------------------

                        sumber : legasi emas

                        Wassalam

                        RESEPI POPIA PENKEK RANGUP

                        $
                        0
                        0

                        RESEPI POPIA PENKEK RANGUP

                        resepi popia penkek rangup, resepi berasaskan kulit popia, juadah minum petang

                        Assalammualaikum Dunia... Minggu ni saje mensutikan diri dari kebizian kerja... Hurm bizi ke?... Hohoho... Niat dihati cuti kali ni malas nak buat pape tapi petang semalam tengah-tengah scroll gambar dekat gallery boleh pulak ternampak gambar resepi popia penkek rangup yang dah lame tersave tapi tak dibuat-buat... hihihi... Makanya bile tengok bahan-bahan pun ade so dengan semangatnya terus pi try... hahaha... resepi asal >>>> RESEPI POPIA PENKEK RANGUP


                        BAHAN-BAHAN KULIT POPIA PENKEK RANGUP

                        • 20 Keping kulit popia
                        • 1 Biji Telur

                        BAHAN-BAHAN INTI POPIA PENKEK RANGUP

                        • 2 Keping daging burger (atau isi ayam / udang / dll)
                        • 2 Ulas bawang putih (atau garlic powder) - ditumbuk
                        • Daun Sup (atau daun bawang) - dihiris halus
                        • Carrot (optional) - disagat halus
                        • 1 Biji Lada besar merah (optional) - dihiris nipis
                        • Serbuk lada putih (secukupnya)
                        • Serbuk lada hitam (secukupnya)
                        • 4 sudu besar tepung jagung
                        • Garam (secukupnya)
                        • Gula (secubit)
                        • 1 Biji telur
                        • Mozarella cheese (optional)

                        CARA-CARA MEMBUAT POPIA PENKEK RANGUP

                        resepi popia penkek rangup, resepi berasaskan kulit popia, juadah minum petang
                        1. Ramaskan daging burger sampai hancur...
                        2. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas daging dan gaul sebati...
                        3. Letakkan kulit popia dan masukkan inti...  (jangan banyak sangat inti kalau nak lebih rangup)
                        4. Sapukan telur disekeliling kulit popia dan ambil sekeping lagi untuk tutup diatasnya... (cucuk-cucuk dengan garfu untuk keluarkan udara)
                        5. Panaskan 3 sudu besar minyak, angkat perlahan-lahan dan gorengkan sehingga keemasan... (balik-balikkan supaya masak sekata)
                        6. Angkat dan toskan...
                        7. Siap dan bolehlah dipotong ikut citarasa sendiri...
                        8. Sedap dicicah bersama sos dan dimakan panas-panas...

                        SELAMAT MENCUBA.. :) 

                        Wassalam

                        HOMEMADE MINI BURGER DENGAN MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA

                        $
                        0
                        0

                        HOMEMADE MINI BURGER DENGAN MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA

                        homemade mini burger dengan menggunakan roti gardenia, resepi menggunakan roti, mini burger malaysia

                        Assalammualaikum Dunia... Resepi homemade mini burger dengan menggunakan roti gardenia ni adalah hasil dari menggoogle... Idea dari blog CAHAYA CINTAKU ...

                        BAHAN-BAHANYA

                        (Anggaran dalam 8-9 biji burger)

                        10 keping roti gardenia
                        2 keping daging / ayam Ramly burger
                        tomato / salad (optional)
                        Marjerin / planta
                        Pencungkil Gigi / Lidi satay

                        CARA-CARANYA 

                        homemade mini burger dengan menggunakan roti gardenia, resepi menggunakan roti, mini burger malaysia

                        ROTI
                        1. Lapikkan dua keping roti dan terap dengan menggunakan acuan bulat kecil.. (MD gunakan cawan ubat macam blogger Cahaya Cintaku)... -Macam pic diatas
                        2. Kemudian sapukan marjerin / planta dan masakkan atas kuali non stick sehingga kuning keemasan...

                        homemade mini burger dengan menggunakan roti gardenia, resepi menggunakan roti, mini burger malaysia
                        DAGING / AYAM RAMLY BURGER
                        1. Terapkan juge dengan menggunakan acuan yang sama (untuk mengelakkan pembaziran, bila terap pakai cawan ubat akan ade daging-daging yang lebihkan.. so lebihan daging tu satukan dengan daging-daging yang dah diterap pastu bentuk kan bulat-bulat balik)- 1keping daging besar boleh dapat dalam 4-5 keping mini daging
                        2. Masakkan dalam kuali non stick... (MD tak buh marjerin sebab bile masak daging-daging tu akan keluarkan minyak...
                        3. Angkat dan sedia untuk disatukan dengan roti...


                        Dah siap tu bolehlah satukan roti dan daging... kalau nak buh salad dan tomato pun boleh.. ikut kreativiti memasing... Ambil pencungkil gigi atau lidi satay dan buat macam pic yang atas sekali...Siap dan boleh dimakan.. nak buh sos pun boleh.. 

                        SELAMAT MENCUBA ... :)

                        Wassalam

                        TEMA ROBOCARPOLI MENJADI PILIHAN SAMBUTAN HARI LAHIR UWAIS ZULQARNAIN - PART 1

                        $
                        0
                        0

                        TEMA ROBOCARPOLI MENJADI PILIHAN SAMBUTAN HARI LAHIR UWAIS ZULQARNAIN-PART 1

                        tema robocarpoli, sambutan hari lahir, birthday party, 3D cake robocarpoli, edible image cupcakes, mini burger homemade
                        INVITATION CARD DESIGNED BY AYAH UWAIS - RUJUKAN MR GOOGLE

                        Assalammualaikum Dunia... Dua minggu sebelum 20.08.2016, Angah informed kitorang yang tahun ni dia nak celebrate birthday Uwais yang ke-3 tahun... First time juge nak jemput saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga... Before ni just sambut simple-simple dengan kitorang je.. ni dah besar sikit boleh r panggil orang ramai meraikan besday dia dan akan diadakan 3 tahun sekali...katenye lah...hehehe..

                        PERSIAPAN YANG DILAKUKAN SEBELUM MAJLIS

                        Bile ditanya tema ape, Angah kate Uwais nak robocarpoli so hakak pun teruskan mengoogle nak tengok contoh-contoh yang ade tapi sedeynye sebab tak banyak choice... Kalau ikutkan Angah, dia kate takyah r ikut tema sangat... dia dah order 3D kek tu dah cukup... tapi 3 tahun sekalikan kalau boleh tentulah inginkan sesuatu yang memuaskan hati... terus terang hakak yang over semangat sebenarnye...hahaha...


                        Mula-mula tu Angah order kek dengan kazen kitorang (D'EZYANKITCHEN) tapi kazen kitorang tu ade program dekat sekolah mase 20.08.2016 , so bincang-bincang dengan Mak, dia kate ade adik kawan dia baker... Lepas Angah deal dengan baker tu dan disebabkan hakak tak sempat nak cari baker lain untuk tempah cupcakes so hakak decided untuk menggunakan perkhidmatan baker yang same tempah cupcakes edible image robocarpoli khas buat si kecik... hehehe.. settled bab kek dan cupcakes... nilah hasilnya...

                        tema robocarpoli, sambutan hari lahir, birthday party, 3D cake robocarpoli, edible image cupcakes, mini burger homemade
                        3D CAKE ROBOCARPOLI  RM 95 BERAT 1KG +++ - RUJUKAN MR GOOGLE




                        tema robocarpoli, sambutan hari lahir, birthday party, 3D cake robocarpoli, edible image cupcakes, mini burger homemade
                        CUPCAKES EDIBLE IMAGE RM 3.50/PCS

                        Takkan tu je... macam tak best pulak, so hakak buat hashtag tema robocarpoli dekat instagram.. Sangat-sangat teruje hokay sebab jumpe cookies robocarpoli, mini roll cake robocarpoli, popcorn tampal sticker robocarpoli dan macam-macam lagi... Tapi disebabkan tinggal seminggu lagi so majoriti dah tak nak amek order..so sad...sob sob...


                        Tanpa mengenal erti putus asa, hakak buat hashtag doorgift murah... yeayy, jumpe page Happiness Candy Bar.. dia jual mini coklat bar dengan harga yang sangat berpatutan... Lepas deal dengan dia hari Ahad seminggu sebelum majlis order 100pcs mini bar RM0.40/pcs dan 30pcs mini bar RM0.80/pcs, malam tu dia design, Isnin tu hakak bank in... Isnin siap, selasa dia pos, hari Rabu sampai...Alhamdulillah... service yang sangat pantas hokay... Puas hati!!!..
                        tema robocarpoli, sambutan hari lahir, birthday party, 3D cake robocarpoli, edible image cupcakes, mini burger homemade
                        MINI COKLAT BAR DESIGNED BY HAPPINESS CANDY BAR

                        Seminggu sebelum majlis ni hakak banyak habiskan mase dengan instagram... sampai kena barred r wifi maxis sebab tak bayo sebulan... #ehmacamtakdekaitanje... hahaha... skrol skrol ternampak mini burger dekat ig blogger Mimin Adam... terus ambil nombor telefon owner dan whatsapps tanye harga... harga pun berpatutan 30pcs RM22 ... tapi dok pikir-pikir Sabtu tu tentu semua bz,. sape pulak nak pi ambil kan... cancelled... Tak puas hati lagi,. google cara buat roti burger... niat nak buat sendiri lettew... sekali tengok bahan-bahan terpaksa kuburkan niat sebab kena gune oven..sampai sekarang fail lagi gune oven..adeh!!!...

                        Alhamdulillah, kuasa ALLAH, mase tengah search tu terjumpe 1 blog ni dia buat mini burger guna roti gardenia... hah kebetulan sangat roti banyak kat rumah... siap pesan dekat Mak jangan bagi sesape roti yang ayah bawak balik...hihi..kedekut punye perempuan...😂😂


                        Balik keje Isnin tu terus singgah Speedmart 99 beli daging burger ramly... Malam lepas makan, start projek menekap daging burger mengikut acuan yang disukai... ade bintang, ade bunga, ade luv luv dan bulat... Beli dua paket daging burger ramly dengan hanya RM6.00/paket dah boleh dapat 100pcs tu pun ade lebih lagi... Dua malam berikutnya,malam rabu dan malam khamis start menekap roti pulak... mase ni dah tak ingat dekat fon... whatsapp, fb, ig semua letak tepi...Abis tekap terus tidur... mate keletihan..hahaha... Malam jumaat Angah datang bawak gambar yang nak ditampal dekat toothpick..mujur dia dah tolong gunting.. so keje hakak jadi mudah, tinggal lekatkan je gambar-gambar tu...hehehe...


                        tema robocarpoli, sambutan hari lahir, birthday party, 3D cake robocarpoli, edible image cupcakes, mini burger homemade
                        HOMEMADE MINI BURGER MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA BY ME - RUJUKAN MR GOOGLE

                        Macam dah panjang sangat je hakak membebel untuk entri ni... next entri hakak cerita persiapan malam sebelum majlis dan perjalanan mase majlis tu pulak yer.. dah macam majlis gilang gemilang gamaknya.. hikhikhik...

                        TO BE CONTINUE....

                        Wassalam


                        Viewing all 524 articles
                        Browse latest View live