Quantcast
Channel: masturadin.com
Viewing all 524 articles
Browse latest View live

Book Giveaway by Abam Kie and Friends

$
0
0

Book Giveaway by Abam Kie and Friends


Book Giveaway by Abam Kie and Friends, Abam Kie, giveaway, buku percuma

Assalammualaikum Dunia...

Syarat-syarat:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut:

Abam Kie
Bin Muhammad
Henrietta Jose
Cik Noor
Lea Azleeya
Shahida Mohamed

 2. Buat entri bertajuk "Book Giveaway by Abam Kie and Friends"

3. Letak banner dekat entri.

4. Backlink kan ke sini.

5. Publish!

6. Tinggalkan link entri giveaway anda di ruangan komen entri ini sahaja.


Buku-buku dan novel menarik menanti para pemenang bertuah!

1 buah buku X 2 pemenang oleh Bin Muhammad.
1 buah novel dan 1 penanda buku X 3 pemenang oleh Henrietta Jose
1 buah buku X 1 pemenang oleh Cik Noor 
1 buah novel X 1 pemenang oleh Lea Azleeya
1 buah novel X 2 pemenang oleh Shahida Mohamed
1 buah novel X 1 pemenang oleh Gadis Misteri
1 buah buku X 2 pemenang oleh Abam Kie

Hadiah terjamin kepada peserta pertama dan terakhir! Top up RM5!

Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara undian oleh Abam Kie :)

Mula : 20 Ogos 2016
Tamat : 9 September 2016

Wassalam

FUCUK GORENG BERINTI

$
0
0

FUCUK GORENG BERINTI

fucuk goreng berinti, resepi menggunakan fucuk, tauhu kering, bahan dalam yong tau fu

Assalammualaikum Dunia... Sebenarnya dah lame resepi ni tersimpan rapi dalam gallery fon... hehehe... baru weekend lepas mencubanye... buat breakfast, makan panas-panas lagi sedap... kalau dah sejuk dia macam liat sikit...huhuhu... Alhamdulillah first time cuba Ayah sukekannya... Siap tengahari tanye dah habis ey fucuk goreng berinti ni...kembang hati hakak mendengarnye.. hihihi... 


Mak kate dulu-dulu dia pernah buat tapi serap minyak... Yang ni alhamdulillah tak serap minyak... bahan-bahannya pun simple sangat... kalau ikutkan resepi asal dia ade buh anggerik dengan daun ketumbar, tapi MD tak tau anggerik tu ape.. so tak letak... Anggerik mall tau r..hahahaha... #lawakhambar...hehehe... daun ketumbar pulak memang sumpahan 7 keturunan... rase dia boleh menghilangkan nafsu makan tau...hahaha... hover nau...hikhikhik

BAHAN-BAHAN MEMBUAT FUCUK GORENG BERINTI

Fucuk keping / Tauhu kering
Isi ayam*
Lobak merah*
Daun bawang
Cili besar ***optional*
1 sudu besar tepung jagung
Garam*
Serbuk perasa*
Lada sulah*
1 sudu besar air*
1 biji telur*

CARA-CARA MEMBUAT FUCUK GORENG BERINTI

 fucuk goreng berinti, resepi menggunakan fucuk, tauhu kering, bahan dalam yong tau fu
1. Sekeping fucuk dipotong 6 bahagian, dan direndam sekejap.. Lap bagi kering dan ketepikan...
2. Blenderkan bahan bertanda * sehingga lumat...Masukkan dalam mangkuk... (kalau rajin boleh cincang sehingga lumat)
3. Masukkan tepung jagung dan daun bawang, gaul sebati...
4. Ambil fucuk dan ratakan inti dikeseluruhan fucuk dan gulung...
5. Buat sampai habis...
6. Goreng fucuk sehingga garing.. Angkat dan toskan...
7. Siap dan sedia untuk dihidang... Sedap dicicah bersama sos...

SELAMAT MENCUBA..


Wassalam

GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday

$
0
0

GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday


GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday, bonde zaidalifah

Syarat penyertaan :

1. Terbuka untuk anda yang mempunyai blog.

2. Follow blog bondezaidalifah

3. Buat satu entry bertajuk : GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday


5. Copy banner di atas dan buat back link ke entry ini.

6. Tag 3 orang rakan untuk join sekali, pastikan mereka tahu yang mereka telah ditag. - Syura Latif Sayidah Napisah Amelia Syahirah

7. Publishkan entry dan hantarkan Url link ke ruang komen di bawah.


Bonde akan hadiahkan kepada anda senaskah buku " AL-mathurat & DOA-DOA HARIAN" kepada 30 peserta yang bertuah dipilih menggunakan sistem random.

GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday, bonde zaidalifah

Mula :

20 Ogos 2016 

Tamat :
31 Ogos 2016

Wassalam

TEMA ROBOCARPOLI MENJADI PILIHAN SAMBUTAN HARI LAHIR UWAIS ZULQARNAIN-PART 2

$
0
0

TEMA ROBOCARPOLI MENJADI PILIHAN SAMBUTAN HARI LAHIR UWAIS ZULQARNAIN-PART 2

tema robocarpoli, birthday party, sambutan hari lahir, theme, kos,

Assalammualaikum Dunia... Ni sambungan dari PART 1...

PERSIAPAN SEBELUM DAN SEMASA MAJLIS

Malam tu Angah tinggalkan Uwais dengan kitorang sebab dia nak mengemas dan mendeko rumah... kang kalau ade si kecik tu jadi laen pulak decoration nya...hahaha 😆😆😆... Kebetulan malam tu juge jiran setaman ni buat kenduri kawen    anak dia, so seronoklah si kecik tu main dekat luar dengan kawan-kawan, saje bagi dia main sampai penat...🏃🏃🏃🏃... bile masuk je rumah dia mintak susu 🍼🍼🍼 terus tidur...😴😴😴... ajak tukar baju pun tak mau dah..letih sangat lettew...hihihi..


Sementara tu hakak dengan Mak kopek bawang dan goreng ayam... siap goreng ayam     terus masuk bilik 💤💤💤💤💤... hehehe...




tema robocarpoli, birthday party, sambutan hari lahir, theme, kos,
Hasil Angah mendeko 😍😍😍... mujur Angah kreatif... semua dia print sendiri... before tu jenuh hakak cari belon readymade yang rope robocarpoli tapi takde... kalau ade pun nak kena tempah dulu... sob sob 😭😭😭.. topi tu pon same.. ade tapi still kena tempah jugek... so disebabkan kesuntukkan mase dan nak jimat, Angah beli topi yang plain pastu tampalkan dengan gambar robocarpoli...mujur juge tak beria menempah, bukan nak dipakainye pon... Uwais oh Uwais...😅😅😅

Keesokkan paginye Mak start memasak dalam pukul 4.00 pagi... Menu untuk majlis ni satay, nasi tomato, ayam masak merah, ayam masak kurma, bihun goreng singapore, ubi rebus, sambal tumis, daun ubi masak lemak dengan tempe dan pencok... (tak sempat nak ambil gambar makanan)....huhuhu 😞😞😞😞... Dalam pukul 12.00 tengahari siap masak, packing-packing dan Angah mai amek bawak balik rumah dia...

Lepas zohor kitorang pulak gerak pi rumah Angah sebab ikutkan majlis start pukul 3.00 petang... sampai-sampai tu tengok Uwais duk merengek rengek nak pegang kek dia... teruja sangat tengok kek robocarpoli tu... Pantang lepa, nak ditariknya kek-kek dia tu... hahaha... bile hakak cakap nanti dulu ey, boleh dia jawab "Uwais nak celet sikit je".. 😅😅😅

tema robocarpoli, birthday party, sambutan hari lahir, theme, kos, edible cake
KEK PEMBERIAN JIRAN UWAIS.. SAMA PULAK GAMBAR DENGAN CUPCAKES HAKAK TEMPAH..HIHIHI

Majlis petang tu dimulakan dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Ayah Long...    ... Seusai membaca doa, para tetamu dijemput menjamu selera... Ada tambahan menu tau... Usu bawak roti jala lawan serawa durian dan rambutan siap kopek... nyum nyum nyummm    ... (untuk rambutan jelah)... hihihi...


ANTARA TETAMU YANG MEMERIAHKAN MAJLIS
Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara potong kek     oleh birthday boy    ... Masa ni pun lawak, sebab Uwais dah tasabar nak potong kek...tangan dia dok menggapai-gapai kek... terjerit-jerit orang keliling tengok...     ...


tema robocarpoli, birthday party, sambutan hari lahir, theme, kos,cake


Last but not least, majlis penutup, lepas hampir kesemua tetamu balik, tak laen dan tak bukan... Bukak hadiah    ... yeayyy... Yang best dan lucu tu, bukak hadiah pertama dan kedua seronok kemaen muke dia... gelak-gelak.. masuk hadiah ketiga, bukak-bukak iqra... terus berubah muke... Terkejut    ...hahaha... orang semua tergelak tengok reaksi muke dia... bile dah termalu tu terus dia buat-buat nak campak iqra tu... sabo je lah Nak oii...    

tema robocarpoli, birthday party, sambutan hari lahir, theme, kos,


HADIAH DARI MOKDE... DEMI UWAIS MOKDE TEBALKAN MUKE TARIK BEG NI DARI QUILL MALL KE NU SENTRAL KE KL SENTRAL KE SHAH ALAM... HAHAHA

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan... Terima kasih kepada semua yang sudi hadir meraikan dan memeriahkan majlis sambutan hari lahir Uwais yang ke-3 tahun 2016... Happy sangat sebab daripada 10 orang BFF yang dijemput, 2 orang   datang... lagi 2 orang tu boleh pulak dorang lupe tarikh...    ... Selebihnya tu memasing ada program sendiri... Oklah kan, ade gak wakil BFF...     ... In shaa ALLAH, bertemu 3 tahun lagi...   

Wassalam

TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS ZIKA DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANNYA

$
0
0

TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS ZIKA DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANNYA

virus zika, tanda-tanda dijangkiti, langkah-langkah pencegahan, doa dijauhi bala bencana dan penyakit, simptom-simptom
sumber FB

Assalammualaikum Dunia... Beberapa hari lepas, seorang wanita di Klang telah sah dijangkiti virus Zika.. Ini merupakan kes pertama di Malaysia... Beliau dikatakan telah mengunjungi anak perempuannya di Singapura... Anak beliau yang berada si Singapura turut telah disahkan dijangkiti virus zika ini... Berikut adalah tanda-tanda dan simptom-simptom dijangkiti virus zika ini....


TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS ZIKA

1. Demam ringan
2. Sakit kepala
3. Ruam kulit
4. Konjunktivitis
5. Kelesuan
6. Sakit sendi

Jika terdapat tanda-tanda dan simptom-simptom ini pada diri korang cepat-cepatlah dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan...  

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA DIJANGKITI VIRUS ZIKA

Bagi memastikan virus ini tidak terus menular di negara kita, pihak kementerian akan melaksankan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita tersebut yang terletak di Taman Botanik Klang...  

Antara langkah pencegahan lain yang boleh diambil oleh orang ramai bagi mencegah penularan virus ini adalah seperti berikut :-

1. Buang air yang bertakung di kawasan rumah korang.
2. Memakai pakaian berlengan panjang pada waktu pagi dan malam untuk menghalang daripada digigit oleh nyamuk Aedes.
3. Menggunakan spray nyamuk atau ubat nyamuk dirumah.

DOA MOHON DIJAUHI BALA BENCANA

Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini agar dilindungi dan terhindar daripada dijangkiti segala penyakit berbahaya dan dijauhi dari bala bencana dunia....

Ya ALLAH, wahai Tuhan kami! Kami berlindung denganMu daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Kami juga mohon perlindunganMu daripada kegembiraan orang-orang yang membenci kami diatas kekecewaan kami dan kami mohon perlindunganMu daripada menghidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan. Amin...

Moga kita semua terhindar daripada virus ini.

sumber : Astro Awani
               Facebook

Wassalam

AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!

$
0
0

AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!

august anniversary giveaway, azrm enterprise

Assalammualaikum Dunia...


Syarat penyertaan:

1. Buat satu blog entri pasal giveaway ni.

2. Like FB AZRM Enterprise

Sponsor 100% dari AZRM Enterprise!

3. Tu saja!

Simple sangat kan syarat-syarat dia?
Dah buat, letak link entri blog dan nama FB dalam ruang komen  :)

Hadiah-hadiah akan saya update di entri lain. Tapi bilangan hadiah depends pada bilangan penyertaan. Sekarang saya dah setkan 3 hadiah..hehe..kalau penyertaan ramai saya tambah. 

Tarikh tutup: 30 September 2016!

Wassalam

LEBIH JIMAT DENGAN KAD KOMUTER LINK

$
0
0

LEBIH JIMAT DENGAN KAD KOMUTER LINK

kad komuter link, harga promosi, berkuatkuasa, ktmb, kebaikan, beli dimana

Assalammualaikum Dunia... Kepada pengguna Komuter, ada berita baik untuk korang tau...    ...start dari 1 September 2016 KTMB     telah memperkenalkan Kad Komuter Link, dimana kad ni dijangka dapat menjimatkan kos perjalanan pengguna sehingga 20% dan 50%(ni yang MD nampak kat bunting stesen Bank Negara r    )....

Sebelum ni cume dengar announcement je tapi tak pulak tergerak hati nak membeli kad ni... Pagi tadi, bile ternampak bunting tu tertulis jimat sehingga 20% dan 50% (tertakluk kepada terma dan syarat) pastu harga kad tu pun tengah promosihanya RM15 sahaja termasuk topup RM10 terus rase teruja pi ke kaunter Stesen Bank Negara tanye boleh beli kat sini tak.... Malangnye dekat situ diorang akan bukak booth dipetang hari... so kena tunggu petang r kan tu pun kalau ade rezeki terserempak...    

Bak kata pepatah kalau dah rezeki tu tak kemana... kebetulan tengahari tadi lepas pergi Pusat Poslaju dekat Tun Sambanthan tu balik ikutlah KL Sentral... tergerak nak tanye dekat orang Kaunter Komuter ade tak kad Komuter Link tu dekat situ, Alhamdulillah rezeki... dapat juge memiliki Kad Komuter Link ni dengan harga diskaun...    ... kalau tak diskaun tak tau pulak berapa hengget harganye...     ...

Hah, korang kalau dah beli kad komuter link ni tak boleh terus guna tau... Akak comey kat kaunter tu pesan bulan OKTOBER 2016 baru boleh gune... so kite simpan je dulu yer...    ...Yang belum beli tu kalau nak boleh dapatkan di kaunter Komuter di KL sentral atau di booth stesen-stesen Komuter lain... Tasabar nak gune ni... harap-harap bebetol menjimatkanlah yerrr    

Wassalam

RESEPI PARU KORBAN GORENG BERLADO BY CHEF FAISOL AHMAD

$
0
0

RESEPI PARU KORBAN GORENG BERLADA BY CHEF FAISOL AHMAD


Assalammualaikum Dunia...

Masa hari raya aidiladha yang lepas, Atok, Ibu dengan Usu join korban so dapatlah paru dan bahagian daging masing-masing... Raya ke-2 tu Poksu jadi chef masak paru goreng berlada... rase dia memang terangkat r...... 

Parunye tak liat dan tak keras langsung... secukup rase hokay... Benarlah orang kate, lelaki ni payah nak masak tapi sekali dorang masak, rasenye lagi sedap dari masakan perempuan...... Lepas makan terus mintak resepi dekat Poksu... MD mintak izin dulu tau, cakap nak share resepi paru goreng berlada Poksu ni dekat blog... 

BAHAN-BAHAN PARU GORENG BERLADA

  • Paru seekor lembu
  • 1biji Bawang besar holland / 5 biji Bawang Merah Kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili kering
  • Lada besar / cili padi - dihiris
  • Air asam
  • Belacan
  • Gula
  • Garam
  • Kunyit

CARA-CARA MEMASAK PARU GORENG BERLADA

1. Rebus paru sehingga empuk, hiris-hiriskan dahulu kemudian perapkan dengan kunyit, bawang putih dan garam yang telah ditumbuk semalaman...
2. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga masak...
3. Kisarkan bawang besar/ bawang merah, cili kering dan bawang putih...
4. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbersin.. masukkan air asam, sedikit belacan, garam,gula, bawang hiris, cili hiris dan paru...
5. Kacau-kacaukan sehingga masak... Tutup api dan sedia untuk dihidang...
6. Sangat sedap dimakan dengan nasi panas..

SELAMAT MENCUBA :)

Wassalam

RESEPI EGGLESS BROWNIES VERSI KUKUS

$
0
0

RESEPI BROWNIES TANPA TELUR VERSI KUKUS

resepi brownies tanpa telur kukus, eggless brownies, cara-cara, bahan-bahan, mudah

Assalammualaikum Dunia... Salam Maal Hijrah kepada semua sahabat alam maya... sebenarnya resepi brownies tanpa telur ni dah lama tersimpan rapi dalam gallery handphone, baru semalam dapat kekuatan untuk mencuba... hehehe.. 

Kalau ikutkan resepi asal by Isma Ismail, eggless brownies ni dibakar menggunakan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 25minit-30minit... Akan tetapi disebabkan MD ni selalu fail gune oven so kami try versi kukus pulak...hihihi... bila dah kukus of course r tak kedut-kedut browniesnye kan.. dah rase ala-ala kek coklat.. apepun rasenye still sedap hokay... 

BAHAN-BAHAN EGGLESS BROWNIES

resepi brownies tanpa telur kukus, eggless brownies, cara-cara, bahan-bahan, mudah

BAHAN A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula
  • Garam secukup rasa
BAHAN B
  • 1 cawan susu cair
  • 1/4 cawan minyak
HIASAN
  • Coklat chip

CARA-CARA MEMBUAT EGGLESS BROWNIES

  1. Ayakkan bahan A... (jika menggunakan gula kasar kisarkan menggunakan blender kering terlebih dahulu)
  2. Selepas siap diayak, masukkan bahan B kedalam bahan A... Kacau sebati...(MD gunakan blender sebab mixer rosak..hehehe)
  3. Sapukan loyang dengan marjerin dan tepung agar brownies mudah dikeluarkan dari loyang sesudah masak...
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan taburkan coklat chip...
  5. Untuk mengukus, panaskan air terlebih dahulu sehingga mendidih kemuadian masakkan sehingga 45minit... Jika hendak membakar, bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 25-30minit... (Cucuk dengan lidi untuk memastikan brownies telah masak atau tidak.. jika melekat pada lidi, maknanya brownies belum masak lagi)
  6. Siap, sejukkan dan hidang...
SELAMAT MENCUBA...




Wassalam

RESEPI MUDAH IKAN JENAHAK STIM ASAM BOI

$
0
0

RESEPI MUDAH IKAN JENAHAK MASAK STIM ASAM BOI

resepi mudah ikan jenahak stim asam boi, simple, siakap kukus,
Assalammualaikum Dunia... First time disuruh masak ikan jenahak, blurr tak tau masak apa yang sedap... Mak kate goreng berlada je tapi tu macam dah biasa sangat je kan... Masak kari, asam pedas etc pun dah selalu sangat makan... 

So hasil menggoogle tertarik dengan resepi ikan siakap stim asam boi.. cume yang ni MD tukarkan kepada ikan jenahak.. konon nk cipta kelainan sikitlah, padahal mood tak rajin nak menumis...hehehehe ...Maka hasilnya terjadilah resepi mudah ikan jenahak stim asam boi...    

BAHAN-BAHAN MEMASAK IKAN JENAHAK STIM ASAM BOI

  • 2 ekor ikan jenahak , bersihkan
  • 5 biji asam boi
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 biji bawang besar, hiris bulat
  • 20 biji cili padi merah
  • 2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji tomato, hiris bulat
  • 4-5 tangkai daun sup dan daun bawang
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air Asam @ limau nipis

CARA-CARA MEMASAK IKAN JENAHAK STIM ASAM BOI

resepi mudah ikan jenahak stim asam boi, simple, siakap kukus,
  1. Cuci ikan dengan air asam @ limau nipis terlebih dahulu bagi menghilangkan bau...
  2. Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas...
  3. Tabur hirisan bawang putih, bawang besar, halia, cili padi dan asam boi...
  4. Tuang bancuhan air tepung jagung, garam, serbuk perasa dan perahan jus limau nipis @ air asam...
  5. Kukus sehingga masak lebih kurang 15-20minit...
  6. Selepas itu, buka kukusan dan tabur daun sup dan daun bawang bersama tomato... Sambung kukus selama 5 minit... Angkat dan hidangkan.,.
  7. SIAP..
SELAMAT MENCUBA... :)

Wassalam

RESEPI BROWNIE MICROWAVE IN CUP BY ENY YUSNIZAR

$
0
0

RESEPI BROWNIE MICROWAVE IN CUP BY ENY YUSNIZAR

resepi brownie microwave by eny yusnizar, resepi menggunakan microwave, cara-cara, bahan-bahan, brownies mudah
Assalammualaikum Dunia... Hujung minggu yang sangat ceria dipenuhi dengan semangat membara mencuba resepi brownie microwave in cup by Kak Eny Yusnizar... Yeay berjaya jugek.. lepas ni senanglah..bile teringin nak makan brownies boleh gune resepi Kek Ny ni je.. masak dalam microwave hanya 3-5minit sahaja.. cepatkan...      ..

Bahan-bahan yang digunakan pun mudah sangat... Yang laennya serbuk koko tu MD gune serbuk koko biase je.. Kek Ny gune serbuk koko van houtten, so rasenye maybe lebih sedap sikitkan.. Toppingnya pun MD tukar sebab yang ade cume M&M dengan coklat chip je..hehehe

Bahan-bahan Brownie Microwave In Cup by Eny Yusnizar

resepi brownie microwave by eny yusnizar, resepi menggunakan microwave, cara-cara, bahan-bahan, brownies mudah
Untuk 2 cawan saiz biasa
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
2 sudu besar serbuk koko Van Houtten
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
4-5 sudu minyak masak
4-5 sudu air / susu
1/2 sudu kecil esen vanila


Topping :
Chocolate button /coins
Kepingan Almond 

Cara-cara Membuat Brownie Microwave in Cup by Eny Yusnizar

1. Campur tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan gula... Kacau rata dan sebati...
2. Pecahkan telur, masukkan minyak dan air atau susu...
3. Kalau pekat sangat boleh tambah jumlah cecair tu... Jangan risau...
4. Microwave on High selama 2-3 minit atau 5 minit...
5. Microwave yang saiz kecik boleh panjangkan masa ...
6. Siap dan sedia untuk dihidang...

SELAMAT MENCUBA...     

Terima kasih kak Eny for the recipe.

Wassalam  

PELUANG MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN BERSAMA PINKLADY - BODY PERFECTION

$
0
0

PELUANG MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN

BERSAMA PINKLADY - BODY PERFECTION

pink lady-body perfection, supplemen diet, harga, agen dropship diperlukan, manfaat, kelebihan

Assalammualaikum Dunia... Pink Lady - Body Perfection merupakan produk supplement baru yang diusahakan oleh anak muda tempatan.... Tujuan asal Pink Lady - Body Perfection direka sebagai makanan tambahan khas untuk isteri tersayang... Apabila Pink Lady - Body Perfection memberi tindakbalas positif kepada pengamalnya, maka ia mula dikomersialkan bagi membantu memperbaiki masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh segelintir kaum hawa...


Pink Lady - Body Perfection (SSM NO: 1197566-P) dirumus daripada 100% bahan semulajadi... Antaranya adalah Fenugreek, Mexican Wild Yam, Oat Grass, Pacific Kelp, Adas, Peuraria Mirifica dan Aleppo Oak. Pink Lady- Body Perfection juga mengandungi pelbagai fitoestrogen seperti Miroestrol, deoxymiroestrol, Genistein, Diadzein, Genistin, coumestrol, Diadzin, Kwakhurin, Mirificine, stigmasterol, campesterol, Mirificoumestan, Spinasterol.

MANFAAT PINK LADY      

pink lady-body perfection, supplemen diet, harga, agen dropship diperlukan, manfaat, kelebihan
                  
  • Memperbaiki sistem dalaman wanita.
  • Meremajakan kulit.
  • Mengurangkan keguguran rambut.
  • Berkesan untuk penurunan berat badan.
  • High-end anti-penuaan.
  • Meningkatkan aliran darah.
  • Mencegah osteoporosis.
  • Menentang gejala menopause.
  • Menstabilkan emosi.
Awas: Jika mengandung atau menyusukan anak, dapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan supplement ini..

Kualiti: Perfect
Keselamatan: Terbukti 
Jaminan: 90 hari 
Hasil pertama: Dari 2 minggu
Isi kandungan : 60 biji kapsul
Harga : RM280

P/S : PERLU LEBIHKAN MEMINUM AIR MASAK/ AIR MINERAL. ELAKKAN PENGAMBILAN KAFEIN YANG BERLEBIHAN UNTUK KESAN LEBIH CEPAT.


AGEN / DROPSHIP PINK LADY - BODY PERFECTION DIPERLUKAN!!!

pink lady-body perfection, supplemen diet, harga, agen dropship diperlukan, manfaat, kelebihan


Berita baik bagi anda diluar sanayang sedang mencari side income untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin meruncing hari ini, pihak Pink Lady - Body Perfection membuka peluang kepada anda untuk menjadi sebahagian daripada kami... Berminat untuk menjadi agen / dropship kami boleh whatsapps MD di 0136078305... :)

Wassalam


PERTAMA KALI BER 'SHELL OUT'

$
0
0

PERTAMA KALI BER 'SHELL OUT'

resepi shell out homemade, shell out mudah, azlita masam manis, cara memasak shell out
Assalammualaikum Dunia... Alkisahnya petang raya haji bulan lepas, kami semua berkumpul kat rumah ibu... so alang-alang semua dah ade tu kami decided untuk bershell out bersama... First time kot bagi MD nak rase bershell out ni... ketinggalan keretapi sungguh eh... hahahahah      


Nak bershell out dekat rumah tentulah kena ade Chefnye kan..so kami lantik Poksu masakkan untuk kami... bile tanye resepi Poksu jawab Google je... hihihihi... kalau nak resepi dan step-step masak shell out ni boleh refer dekat blog kak Azlita Masam Manis ni >>> Resepi Shell Out Yang Sangat Sedap!

resepi shell out homemade, shell out mudah, azlita masam manis, cara memasak shell out
Proses penyediaan shell out..semua bertungkus lumus tolong hidang... hakak tolong tengok je...hihihi
Banyak jugak kebaikan dalam bershell out ni... Pertama haruslah jimat penggunaan pinggan mangkuk.. bile dah pinggan mangkuk tak gune so tak perlu nak membasuh pinggan... bila dah tak perlu basuh pinggan mangkuk, penggunaan air turut jimat same... dan yang paling bestnya jimat tenaga... jimat tenaga ni merujuk kepada ladies-ladies yang nak kena cuci pinggan mangkuk lepas digunakan...dasar M besar... hihihihihi      

Tambah lagi bile makan berhidang gini boleh merapatkan lagi hubungan sesame kite kan... tengok muke memasing seronok dan tak sabar dah nak menjamu selera...hikhik.. In shaa ALLAH, boleh bershell out lagi jika berkesempatan berkumpul dimasa akan datang...      

Wassalam

KESILAPAN KETIKA SOLAT JUMAAT YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR

$
0
0

KESILAPAN KETIKA SOLAT JUMAAT YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR

kesilapan ketika solat jumaat, adab-adab ketika solat,

Assalamualaikum Dunia... Dalam dunia ni tiada satu pun manusia yang sempurna dan tidak lari dari melakukan kesilapan... So sempena hari Jumaat yang mulia ni, MD ingin kongsikan beberapa kesilapan yang tidak disedari oleh kaum Adam ketika melakukan solat Jumaat... Info ni MD dapat dari group whatsapps yang dishare oleh kawan...


Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas... semoga menjadi pengajaran untuk kita semua insan lemah.

1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)

2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)

4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)

5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)

6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)

7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)

Moga dengan perkongsian ini dapat membantu kaum Adam memperbaiki setiap kesilapan yang telah dilakukan dan tidak diulangi dimasa akan datang...

sumber : www.gengviral.com

Wassalam

DOA MENGHADAPI FENOMENA AIR LAUT PASANG BESAR

$
0
0

DOA MENGHADAPI FENOMENA AIR LAUT PASANG BESAR

doa menghadapi fenomena air pasang besar, doa dijauhkan dari musibah, doa terhindar

Assalammualaikum Dunia... Baru-baru ini ada terdengar di tv, radio dan media sosial yang negara kite Malaysia akan menghadapi fenomena air laut pasang besar... Semalam skrol-skrol Facebook ternampak page JAKIM telah kongsikan satu doa menghadapi fenomena air laut pasang besar...

Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa menghadapi fenomena air pasang besar ini agar terlindung daripada menghadapi fenomena ini...

DOA TERHINDAR DARI MUSIBAH

"Ya ALLAH, Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa, kami bersyukur ke hadrat-Mu yang telah mengurniakan rahmat dan nikmat sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memakmurkan negara kami Malaysia yang dikasihi..
Justeru kami memohon kepadaMu ya ALLAH tetapkanlah iman kami, terimalah amalan kami, kukuhkanlah perpaduan kami,luaskan rezeki kami, kayakan kami dengan ilmu bermanfaat, suburkan jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia,kembalikan kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungi kami dari bala bencana dan ujianMu yang berat seperti kemarau yang panjang,banjir besar, wabak penyakit Zikadan denggi supaya dengan demikian negara dan negeri kami akan sentiasa dilindungi dan diberkati...
Amin amin Ya Rabbal Alamin...💓💓💓"

Wassalam 

JUS QALBI AL EHSAN MEMBANTU MENGURANGKAN KOLESTROL DALAM BADAN

$
0
0

JUS QALBI AL-EHSAN MEMBANTU MENGURANGKAN KOLESTROL DALAM BADAN

jus qalbi al-ehsan, harga, khasiat jus qalbi, jus mengurangkan kolestrol dalam badan

Assalammualaikum Dunia... Dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari sedikit sebanyak ada mengandungi lemak yang menyebabkan wujudnya kolestrol dalam badan... Jika tidak dikawal, kolestrol dalam badan akan semakin meningkat dan akan berisiko untuk mendapat penyakit lain seperti jantung...

Apa yang MD tau, salah satu tanda kolestrol tinggi bile dekat bahagian keliling mata atau bahagian muka kita ada bintik-bintik kecil... dan bintik-bintik kecil tu terjadi bila ada lebihan lemak yang wujud dibawah kulit...Serius, dekat bahagian keliling mata MD memang ade 2,3 biji kolestrol ni... takutnya... macammana nak hilangkan bintik-bintik kolestrol ni ek?... ada ke caranya?...

                 jus qalbi al-ehsan, harga, khasiat jus qalbi, jus mengurangkan kolestrol dalam badan


Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubatikan, so sebagai langkah pencegahan MD mula amalkan meminum Jus Qalbi Al-Ehsan...  Jus Qalbi Al-Ehsan ini dirumus daripada 5 bahan asli semulajadi terpilih, terbukti berupaya menurunkan kandungan kolestrol dalam badan... Jus yang diformulasikan daripada bawang putih, halia, lemon, cuka epal dan madu ini dihasilkan tanpa bahan pengawet tiruan... 100% menggunakan bahan semulajadi...

KHASIAT-KHASIAT LAIN JUS QALBI AL-EHSAN

jus qalbi al-ehsan, harga, khasiat jus qalbi, jus mengurangkan kolestrol dalam badan

  • Mampu membaik pulih dan merangsang sistem peredaran darah
  • Mengurangi risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, stroke, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan
  • Menjana tenaga tambahan serta kaya dengan vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit serta imunisasi dan sistem penghadaman
  • Agen pelangsing badan semulajadi yang terbaik

CARA PENGAMBILAN

Goncang sebelum minum


  • 1 sudu makan sebelum sarapan
  • 1 sudu makan sebelum tidur malam
** Gunakan sudu plastik sahaja
** Disyorkan disimpan dipeti sejuk selepas dibuka


HARGA


  • RM79 Semenanjung Malaysia
  • RM89 Sabah Sarawak

** Harga tidak termasuk postages


BERAT BERSIH


  • 250ML

CARA PEMBELIAN

Facebook   

Website 

Alamat
No.80A, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Shah Alam.

No Telefon
03-55114366 / 017-7300366 / 017-3730366

Emel
 official@algaepark.com.my

#jusqalbi#pembersihkolestrol#jusqalbiehsan#enjoythetaste#experiencethemiracle#tonikjantung#minumsihat#tambahtenaga#pembersihkolestrol#shahalam

Wassalam

[BAJET 2017] KADAR BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BRIM) DINAIKKAN

$
0
0

[BAJET 2017] KADAR BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BRIM) DINAIKKAN

Image result for brim 2017, bajet 2017, kadar bantuan rakyat 1 malaysia, brim 2017

Assalammualaikum Dunia... Pembentangan bajet 2017 bermula jam 4 petang tadi masih lagi berlangsung kini... Tadi dengarlah sikit mengenai kadar pemberian bantuan rakyat 1 Malaysia (BRIM) akan dinaikkan seperti berikut :-

  1.  Pendapatan isi rumah RM 3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM 1,000 / RM 1,050 kepada RM 1,200
  2.  Pendapatan isi rumah RM 3,000 - RM 4,000 dinaikkan daripada RM 800 kepada RM 900
  3. Pendapatan bagi bujang RM 2,000 ke bawah dinaikkan daripada RM 400 kepada RM 450
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban rakyat Malaysia...  :)

Wassalam

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

$
0
0

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !




GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS, azlinda alin, mommy blogger,jam cantik

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS, azlinda alin, mommy blogger,jam cantik

SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya ! 

Wassalam


SERLAHKAN PESONAMU DENGAN HARUMAN SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE

$
0
0

SERLAHKAN PESONAMU DENGAN HARUMAN SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE

Syahirah Vitalis Eau De Cologne, perfume terbaru keluaran syahirah, harga, koleksi terbaru

Assalammualaikum Dunia... Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.


Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya.

Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona, meraih bintangmu”. 


4 KOLEKSI TERBARU HARUMAN SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE


Syahirah Vitalis Eau De Cologne, perfume terbaru keluaran syahirah, harga, koleksi terbaru
Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:


1. Haute Couture


Syahirah Vitalis Eau De Cologne, perfume terbaru keluaran syahirah, harga, koleksi terbaru
Haute Couture

Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

2. Femme Chic


Syahirah Vitalis Eau De Cologne, perfume terbaru keluaran syahirah, harga, koleksi terbaru
Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

3.Celebrite


Syahirah Vitalis Eau De Cologne, perfume terbaru keluaran syahirah, harga, koleksi terbaru
Celebrite

Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.

4.Glam Star


Syahirah Vitalis Eau De Cologne, perfume terbaru keluaran syahirah, harga, koleksi terbaru
Glam Star

Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.



Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.

Wassalam

KULIT LEBIH LEMBUT DAN MULUS DENGAN NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK

$
0
0

KULIT LEBIH LEMBUT DAN MULUS DENGAN NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK

nivea skin delight body milk, nivea losyen baru, harga promosi, glowing rose, relaxing lavender





Assalammualaikum Dunia...Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan.


Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan kecantikan eksotik yang diamalkan oleh wanita di negara-negara yang lain seperti mandian Turki atau Hammam yang amat popular di Maghribi. Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya.

Namun begitu, dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.

Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan.

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri. Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja,  “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.


“Kulit yang lembut, berseri dan mulus adalah idaman setiap wanita,” Kata En. Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Walaupun ia masih dianggap sebagai satu keistimewaan atau kemewahan bagi sesetengah daripada mereka, kehadiran NIVEA Skin Delight telah memudahkan golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan diri justeru memberikan mereka tubuh yang cantik dan sihat di samping ketenangan minda.”

nivea skin delight body milk, nivea losyen baru, harga promosi, glowing rose, relaxing lavender

Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.
nivea skin delight body milk, nivea losyen baru, harga promosi, glowing rose, relaxing lavender
Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifoliajuga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.

Mengaplikasikan formula hebat “body milk”, sejenis emulsi berbentuk air di dalam minyak yang telah dipelopori oleh NIVEA di dekad 1980-an, penggabungan ini telah mewujudkan sebuah rawatan badan yang penuh dengan kenikmatan serta mudah untuk dioles pada badan pada bila-bila masa yang anda idamkan.

“Memanjakan tubuh bak seorang ratu itu bukanlah satu keistimewaan –  ia adalah hak bagi setiap wanita untuk dinikmati,En. Ng Hock Guan,Pengurus Negara bagiBeiersdorf Malaysia & Singapura menambah.Sebagai sebuah jenama yang memahami kehendak serta keperluan wanita, kehadiran NIVEA Skin Delight ini pastinya akan memberi manfaat kepada para wanita moden yang mahukan diri mereka dimanja sebaik mungkin sewaktu mereka meluangkan masa untuk diri sendiri.

Mulakan ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh serta minda.

Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih – Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda – NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.   

Wassalam
Viewing all 524 articles
Browse latest View live