Quantcast
Channel: masturadin.com
Viewing all 524 articles
Browse latest View live

DOA REZEKI MELIMPAH RUAH

$
0
0

DOA REZEKI MELIMPAH RUAH

doa rezeki melimpah ruah, rmurah rezeki, memohon pertolongan ALLAH


Assalammualaikum Dunia....  Sempena harga barang yang semakin melonjak naik saban hari, tergerak pulak hati nak berkongsi dengan semua doa agar rezeki melimpah ruah... Doa ini MD jumpa dekat page fb Pakar Diari Hati... Terima kasih admin PHD sebab share doa ini untuk dijadikan amalan harian....


DOA REZEKI TIDAK PUTUS DAN MELIMPAH RUAH


اللهم يا غنى، يا مغنى، اغنني بلا سبب، فانك على كل شيء 
قدير


Maksudnya : Ya Allah y maha kaya.. 
yang memberi kekayaan.. Kayakannlah aku tanpa sebarang sebab.. 
Maka sesungguhnya,, engkaulah yang berkuasa atas setiap sesuatu ..

Allahumma ya ghonii.. Ya mughnii.. Aghnini bila sababin.. Fainnaka 'alaa kulli syai ingkodiir..

Semoga doa ini dapat memberi manfaat kepada semua... Yakinlah ALLAH S.W.T Maha Pemberi rezeki kepada hambaNya....    

Wassalam

RESEPI AYAM BBQ AFB INSPIRED BY PAPAGLAMZ

$
0
0

RESEPI AYAM BBQ AFB INSPIRED BY PAPAGLAMZ

resepi ayam bbq mudah, bahan-bahan memasak ayam bbq, insiperd by papaglamz, homestay di melaka, idaman villa
Gambar Ihsan Ahli AFB

Assalammualaikum Dunia... Percutian ke Idaman Villa Melaka bersama sebahagian geng @AutoFeedBlog weekend lepas banyak menciptakan 1001 kenangan...       ... Salah satu aktiviti yang kami lakukan adalah berBBQ bersama... Blogger Mommy Irra namakan resepi ni resepi ayam bbq AFB dan disebabkan idea asal resepi ni dari blogger Papaglamz so terjadilah resepi ayam bbq AFB inspired by Papaglamz... 

resepi ayam bbq mudah, bahan-bahan memasak ayam bbq, insiperd by papaglamz, homestay di melaka, idaman villa


BAHAN-BAHAN AYAM BBQ AFB INSPIRED BY PAPAGLAMZ

1. Ayam 2. Spicy powder 3. Bawang putih 4. Bawang merah 5. Halia 6. Kunyit (serbuk) 7. Garam 8. Gula
9. Serai 
10. Minyak

*sukatan agak-agak je yer... 
*serai & sedikit minyak digunakan ketika membakar ayam

CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Cuci ayam terlebih dahulu... toskan...
2. Blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...dan tuang dalam mangkuk berisi ayam...
3. Masukkan spicy powder, serbuk kunyit, garam dan gula kemudian gaul sebati...
4. Perapkan seketika... Agak-agak rempah dah sebati boleh panaskan tempat bbq dan bakar kan ayam tersebut sehingga masak...Jangan lupe titikkan serai bersama minyak untuk bagi ayam bau lebih wangi...
5. SIAP dan sedia dihidang...

SELAMAT MENCUBA... 

Wassalam


RESEPI MUDAH BAKED POTATO EDISI MELAYU

$
0
0

RESEPI BAKED POTATO MUDAH

resepi mudah baked potato, kentang bakar berkeju, cara-cara, bahan-bahan

Assalammualaikum Dunia... Teringat balance cheesedale yang tinggal 2 keping dalam peti dan stok kentang yang banyak didapur, maka terhasillah baked potato ni... MD guna resepi paling mudah dan tidak banyak bahan... takde daging, takde ayam dan takde cendawan... Cuma buh tomato dengan carrot je.. (ape yang ade dalam peti)....hehehehe 

MD namakan baked potato edisi melayu sebab ade buh cili padi dalam tu... biasalahkan, kalau tak pedas kang muak pulak... hehehehe 


BAHAN-BAHAN BAKED POTATO EDISI MELAYU

1. Kentang
2. Carrot
3. Tomato
4. Telur
5. Mayonis
6. Cili padi
7. Serbuk lada hitam
8. Garam
9. Bawang besar
10. Marjerin

***sukatan agak-agak je...


CARA-CARA MEMASAK BAKED POTATO

resepi mudah baked potato, kentang bakar berkeju, cara-cara, bahan-bahan
1. Basuh bersih kentang terlebih dahulu... basuh dengan air garam yer...
2. Bakar kentang terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam... (sementara tu bolehlah buat aktiviti lain dulu)...
3. Parutkan carrot, potong dadu tomato dan bawang besar, potong kecil-kecil cili padi dan campurkan dalam satu bekas... 
4. Selepas kentang dibakar, belah 2 dan korek isinya (gambar 2)...tinggal sedikit isi tepi kulit untuk dijadikan "mangkuk"...
5. Gaulkan isi kentang tadi bersama marjerin, mayonis, garam, serbuk lada hitam, telur dan gaul rata bersama bahan-bahan step 3...
6. Masukkan inti yang sudah digaul rata kedalam "mangkuk" dan letakkan cheesedale diatasnya...  
7. Kalau ikutkan resepi asal, dia bakar semula 5minit je... tapi oven ni masa bakar sejam tu pon kentang tak empuk lagi, so yang bakar kali kedua ni MD bakar 180 darjah celcius selama 30minit...
8. Siap dan sedia untuk dihidang...

SELAMAT MENCUBA...


Wassalam

CARA MUDAH SEMAK BAKI PEMBIAYAAN DI CTOS ONLINE

$
0
0

CARA MUDAH SEMAK BAKI PEMBIAYAAN DI CTOS ONLINE

semak baki pembiayaan / pinjaman di ctos secara online, ctos simple register, cara mudah

Assalammualaikum Dunia... Tahukah anda jika anda ada membuat pinjaman / pembiaayan dimana-mana bank atau institusi kewangan, anda boleh membuat semakan baki pinjaman / pembiayaan anda di CTOS secara online...


CARA-CARA MENYEMAK BAKI PEMBIAYAAN / PINJAMAN SECARA ONLINE DI WEB CTOS

semak baki pembiayaan / pinjaman di ctos secara online, ctos simple register, cara mudah

1. Daftar @ sign up di link dibawah ni
https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/SimpleRegister


2.  Isikan semua details anda... Akan ada ruang untuk upload IC anda depan belakang... so sebelum isi, scan IC siap-siap dahulu...


semak baki pembiayaan / pinjaman di ctos secara online, ctos simple register, cara mudah

3. Selesai isi details anda akan dapat mesej seperti di atas....

semak baki pembiayaan / pinjaman di ctos secara online, ctos simple register, cara mudah

4. Selepas sejam anda boleh lihat baki pembiayaan / pinjaman anda... Memang detail ditunjukkan... so bolehlah managekan kewangan anda dengan sebaik-baiknya... hehehehe...

Wassalam

"PERIOD PAIN' HILANG SELEPAS MENGAMALKAN PINK LADY BODY PERFECTION

$
0
0

"PERIOD PAIN' HILANG SELEPAS MENGAMALKAN PINK LADY BODY PERFECTION

testimoni pink lady body perfection, kelebihan, kebaikan, manfaat, harga

Assalammualaikum Dunia... Sesetengah wanita akan berhadapan dengan masalah "period pain" @ senggugut tiap kali datang bulan setiap bulan... Ada yang sakit biasa-biasa dan ada juga yang sakit sampai berguling-guling, kadang-kadang tu rasa macam nak belasah orang je dia punya sakit tu... kannn... hehehehehe... Jangan risau, hanya dengan mengamalkan Pink Lady Body Perfection, in shaa ALLAH, "period pain" atau senggugut akan hilang... TAK CAYA???....

Jom layan apa kata mereka yang dah amalkan supplemen Pink Lady Body Perfection ni...

TESTIMONI PINK LADY BODY PERFECTION


testimoni pink lady body perfection, kelebihan, kebaikan, manfaat, harga

"Lepas consume Pink Lady u start last month, bulan ni I takde senggugut langsung... I bersyukur sangat kalau tak every month kene MC..."

testimoni pink lady body perfection, kelebihan, kebaikan, manfaat, harga

"Berat badan turun 2kg???... bestlah sebab mudah, hanya makan sekali, memang membantu sistem penghadaman, memang akan dahaga air sahaja..."


testimoni pink lady body perfection, kelebihan, kebaikan, manfaat, harga

Testimoni 1 - "Kulit muka makin tegang n lembut... takyah pakai skincare... "

Testimoni 2 - "Tu muka tak mekap... parut jerawat pudar sendiri... kulit tegang..."


Hanya dengan RM 280 sahaja termasuk pos, pengguna akan merasai manfaat yang berlipat kali ganda kerana ia bukan sahaja merawat masalah senggugut malah ia juga memberikan manfaat-manfaat lain seperti :

1. Menjadikan bentuk dan berat badan  lebih ideal
2. Kulit putih tanpa jerawat dan jeragat
3. Mencegah osteoporosis
4. Melancarkan peredaran darah
5. Meningkatkan tahap kolagen
6. Melambatkan menopause
7. Menstabilkan emosi aka mengawal sifat marah dalam diri
8. Mengurangkan kadar keguguran rambut
9. Meremajakan kulit
10. Mengurangkan nafsu makan

CARA MENGAMALKAN PINK LADY BODY PERFECTION



- 2 biji kapsul sebelum / selepas sarapan
- Untuk kesan yang lebih efektif amalkan selama 6bulan
- Hasil pertama dapat dilihat selepas dua minggu pengambilan Pink Lady

Untuk sebarang tempahan / pertanyaan boleh terus hubungi kami di :-
whatsapp @ telegram : 013-6078305 
Emel : mastura_mohddin@yahoo.com

Wassalam 

HOMESTAY IDAMAN VILLA @ MALACCA MENJADI PILIHAN KETIKA BERCUTI DI MELAKA

$
0
0

HOMESTAY IDAMAN VILLA MENJADI PILIHAN KETIKA BERCUTI DI MELAKA

homestay idaman villa, harga, homestay melaka


Assalammualaikum Dunia... Pada 5 November 2016, kami geng AFB telah pergi bercuti ke Melaka dan telah berpeluang untuk menetap di homestay Idaman Villa @ Malacca yang terletak di Taman Kota Syahbandar betul-betul ditengah bandar Melaka... 


Percutian 2 hari 1 malam itu sangat bermakna dan telah meninggalkan 1001 kenangan yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila...       ...

Kenapa homestay Idaman Villa @ Malacca ini menjadi pilihan hati kami? Kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah merupakan sebab mengapa kami memilih untuk menetap disini... Hanya dengan 5 minit ke Jonker Walk, 8 minit ke Taming Sari, 9 minit ke Dataran Pahlawan, 11 minit ke The Stadthuys dan 12 minit ke A'Famosa dengan menaiki kenderaan sangat-sangat dapat menjimatkan masa percutian singkat kami untuk ke satu-satu destinasi...

Idaman Villa @Malacca ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 6 tandas, TV dengan 50+ siaran di ruang tamu, TV dengan 20+ siaran untuk bilik master bedroom di tingkat 1 dan 2... WiFi disediakan dengan kelajuan internet 30Mbps... 

Jom kita tengok gambaran dalam homestay Idaman Villa ini... :blush::blush:


homestay idaman villa, harga, homestay melaka
Ruang Tamu


Ruang makan 

Coffee Bar


Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik Tidur 1-1


Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik Tidur 2-1 


Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik Tidur 2-2


Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik Tidur 2-3


Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik Tidur 3-1 


Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik Tidur 3-1 


Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Balkoni bilik 3-1


Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik Tidur 3-2


Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka, homestay idaman villa, harga, homestay melaka
Bilik Tidur 3-3

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka, homestay idaman villa, harga, homestay melaka
Ruang Tengah Tingkat 3

Disebelah tepi perkarangan homestay Idaman Villa ini pula disediakan BBQ pit... So pada sebelah malam Ahad kami menggunakan kesempatan yang ada untuk berBBQ... resepi ayam BBQ boleh refer sini >>>> RESEPI AYAM BBQ AFB INSPIRED BY PAPAGLAMZ

History, homestay idaman villa, harga, homestay melaka
Di Bahagian Tepi Laman Idaman Villa


homestay idaman villa, harga, homestay melaka

AYAM BBQ AFB INSPIRED BY PAPAGLAMZ


homestay idaman villa, harga, homestay melaka
Bukti tolong menyemak...hehehehe

Dapur yang disediakan boleh digunakan untuk memasak... Sementara kaum bapak ber BBQ diluar, kaum ibu pula sibuk menyediakan menu lain di dapur... masing-masing memainkan peranan... Segala peralatan yang disediakan didapur lengkap... ada rice cooker, heater, pinggan mangkuk, kuali dan lain-lain lagi....  
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka, homestay idaman villa, harga, homestay melaka
Kaum Ibu yang bertungkus lumus menyiapkan menu untuk makan malam

Sebelum berpisah kami sempat merakamkan gambar terakhir sebagai kenang-kenangan... Ada rezeki kita berjumpa lagi yer... Apapun korang memang best... Hakak enjoy!!!.. hehehe

Antara yang turut serta

Secara keseluruhannya, homestay Idaman Villa ini sangat selesa untuk disewa... Yang paling best kalau kita taknak sewa satu rumah, boleh juga sewa bilik sahaja... Homestay Idaman Villa ini bukan sahaja sesuai disewa untuk tujuan melancong malah boleh juga disewa untuk apa jua aktiviti seperti atas urusan perniagaan....

Untuk info lanjut boleh refer website Idaman Villa >>> HOMESTAY IDAMAN VILLA @ MALACCA


Wassalam

Persediaan Penting Sebelum Bercuti ke Hotel Kota Bharu

$
0
0

Persediaan Penting Sebelum Bercuti ke Hotel Kota Bharu

persediaan penting sebelum bercuti, tempat menarik di kelantan, traveloka, hotel kota bharu, homestay di kelantan

Assalammualaikum Dunia... Negeri Kelantan sememangnya popular dengan budaya dan juadah makanan yang enak-enak. Walaupun ia tidak seperti Negeri Terengganu dan Pahang yang mempunyai banyak pulau dan taman negara yang menarik untuk dilawati namun Negeri Che Siti Wan Kembang ini tetap mempunyai keunikkannya tersendiri. Bandar yang sering menjadi tarikan pelancong adalah Kota Bharu. Tapi sebelum bercuti ke sana adalah lebih baik korang buat perancangan yang fleksible dan teliti. Perancangan sebelum bercuti ni sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebabnya ia dapat membantu korang mengawal bajet percutian supaya kewangan terancang dengan baik. Selain itu, dengan perancangan teliti ini ia akan menjadikan percutian korang lebih menyeronokkan serta boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat dibuat kenang-kenangan dengan lancar.


4 Persediaan Penting Sebelum Bercuti Ke Hotel Kota Bharu


1. Bajet

Sumber Ihsan : Google
Bajet adalah antara perkara pertama dan paling utama yang mesti korang rancang sebelum bercuti di Kelantan atau tak kisahlah ke mana-mana saja tempat yang menjadi destinasi pilihan korang. Bajet tahunan untuk bercuti seharusnya ada dalam setiap keluarga. Dalam bajet ni, korang kena ambil kira tentang kos asas yang membabitkan pengangkutan, tol, petrol, penginapan dan makanan. Walaupun terdapat banyak pilihan penginapan yang awesome dengan promosinya, namun korang juga perlu bijak memilih. Bagi korang bercuti dengan jumlah orang yang ramai MD cadangkan korang memilih homestay kerana lebih menjimatkan. Kalau korang pandai cari mungkin korang boleh dapat penginapan yang setaraf lebih kurang macam Hotel Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan. Pilihan pengangkutan juga memainkan peranan. Jika korang datang dengan pengangkutan awam seperti keretapi atau bas, korang kena merancang pula jika ingin menyewa kereta di sana nanti.

2. Duit Poket Untuk Shopping

persediaan penting sebelum bercuti, tempat menarik di kelantan, traveloka, hotel kota bharu, homestay di kelantan
Tempat shopping popular yang berdekatan dengan kawasan sekitar Hotel Kota Bharu

Seterusnya, perbelanjaan untuk shopping. Ia adalah agenda wajib dan menyeronokkan jika datang ke Kelantan. Kenapa? Sebab MD dengar dari kawan-kawan yang pernah pergi ke Kelantan, terdapat pelbagai pilihan barangan dengan harga yang amat berpatutan dan menjimatkan dekat sana tau. Tapi bagi mencapai kepuasan yang optimum, korang hendaklah mengenalpasti terlebih dulu apakah barangan yang ingin dibeli samada pakaian, cenderamata atau juga makanan. Jangan bazirkan duit korang untuk membeli barangan yang tidak patut dibeli. Pastikan korang membeli barangan yang sangat bernilai dan murah saja atau sukar didapati di tempat lain. Antara barangan popular yang sering dibeli oleh pengunjung dan patut korang beli dekat Kelantan ialah  beras siam, toto, serunding daging, keropok, kain batik, jersi bola sepak, jeans dan lain-lain lagi. Dan berita paling menggembirakan yang MD dengar, tempat shopping popular yang berdekatan dengan kawasan sekitar Hotel Kota Bharu ni adalah seperti Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, Rantau Panjang dan lain-lain lagi. Bestnya!!!...


persediaan penting sebelum bercuti, tempat menarik di kelantan, traveloka, hotel kota bharu, homestay di kelantan
Tempat shopping popular yang berdekatan dengan kawasan sekitar Hotel Kota Bharu
Antara lain, aktiviti yang biasa dilakukan jika bercuti adalah berkunjung ke tempat-tempat bersejarah dan menarik. Jadi, di sini korang boleh kunjungi ke beberapa tempat yang menarik seperti Muzium Adat Istiadat Diraja, Bank Kerapu, Muzium Islam, Kampung Kraf Tangan dan lain-lain lagi. Pastikan anak-anak korang dapat merasainya juga. Selain itu, tempat peranginan seperti pantai dan air terjun juga menjadi agenda wajib jika datang ke sini. Pantai Cahaya Bulan adalah antara pantai yang patut korang pergi kerana dikatakan disitu terdapat warung makan yang menjual ikan celup tepung yang sedap. Sambil makan bolehlah korang melayan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Terdapat juga pantai-pantai lain yang boleh korang kunjungi seperti Pantai Irama, Pantai Sri Tujoh, Pantai Bisikan Bayu dan Pantai Tok Bali di samping wujudnya beberapa homestay Kota Bharu di sekitarnya untuk bermalam. Pastikan korang membawa pakaian yang bersesuaian dan mencukupi tau. Ini dapat mengelakkan duit  korang melayang membeli pakaian di sana.


3. Duit Poket Untuk Makan

persediaan penting sebelum bercuti, tempat menarik di kelantan, traveloka, hotel kota bharu
Maggi Sup Belut
Haaa, seterusnya perancangan dalam bab makan. Aktiviti ala-ala jalan-jalan cari makan ni adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi kebanyakan pengunjung. Di sini memang terdapat banyak makanan yang sedap dan popular tapi korang kena berhati-hati sebab dengarnya ada juga kedai makan yang cekik darah serta layanan yang kurang memuaskan. Dikatakan juga Bazar Tengku Anis yang terletak dibelakang Supermarket Pantai Timur (nama dahulu Bazar Padang Bas) merupakan syurga makanan dan makanan yang dijual disitu seperti nasi kerabunya murah sahaja. Selain nasi kerabu, jika melancong ke Kota Bharu korang jangan lupa rasa Meggi Sup Belut tau. Tengok macam sedap je kan. Nyum nyum nyum. Di samping itu, waktu untuk singgah menjamu selera perlu juga diambil kira. Jika datang waktu puncak dan terlalu ramai orang, mungkin korang terpaksa menunggu dan bersesak. Jadi, korang buatlah perancangan awal-awal restoran mana yang akan disinggah dan makanan apa yang hendak dicuba selain dari waktu yang sesuai untuk menjamu selera. Kalau boleh carilah yang berdekatan dengan penginapan homestay Kota Bharu yang korang tinggal. Barulah senang nak pergi ke tempat tersebut.

 4. Masa

persediaan penting sebelum bercuti, tempat menarik di kelantan, traveloka, hotel kota bharu


And last but not least, mengenai masa yang sesuai untuk korang bercuti dan berkunjung ke Kelantan adalah disarankan pada cuti sekolah bulan Mac, Jun, serta pada cuti hari raya Cina. Daripada sumber yang boleh dipercayai, bulan Disember korang tak digalakkan datang kerana musim tengkujuh, kawasan Rantau Panjang biasanya akan ditenggelami air dan banyak kedai akan tutup. Biasanya cuaca tidak menentu pada pertengahan dan hujung bulan 12. Waktu yang paling padat dan sesak teruk adalah pada cuti hari raya puasa, raya haji, cuti hari raya cina dan pada waktu hujung minggu pada musim cuti sekolah. Pada waktu inilah biasanya keadaan jalanraya di Kelantan sesak kerana pada masa ini anak jati Kelantan yang merantau akan pulang ke kampung halaman mereka. Jadi, rancanglah percutian korang dengan baik. Sekarang ni pun ada banyak promosi sempena cuti sekolah di https://www.traveloka.com/en-my/promotion. Bolehlah set masa yang sesuai untuk korang pergi bercuti. MD pun rancang nak pergi "honeymoon" ke Kelantan next year. In sha ALLAH, nanti bolehlah book dari Traveloka dan follow tips ni.  Semoga korang  pun dapat percutian yang menyeronokkan di sana nanti. Yeah!


credit pic : Teman tapi Mesra


Wassalam

MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan

$
0
0

MAHA 2016 BOOTH D18, HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan


Assalammualaikum Dunia... 1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Mummy tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.


Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?

👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?


Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.



FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K


KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI

🔹Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

🔹Sering berasa sakit kepala.

🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

🔹Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

MAHA 2016 BOOTH D18 HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan, tanda kolestrol tinggi, baucar jus qalbi

MAHA 2016 BOOTH D18 HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan, tanda kolestrol tinggi, baucar jus qalbi

MAHA 2016 BOOTH D18 HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan, tanda kolestrol tinggi, baucar jus qalbi

MAHA 2016 BOOTH D18 HALL C Jus Qalbi Al-Ehsan, tanda kolestrol tinggi, baucar jus qalbi


Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421

Fb : https://www.facebook.com/pencucikolestrol/

Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan

Wassalam

MINYAK YU YEE CAP LIMAU TAK LUPUT DEK ZAMAN

$
0
0

MINYAK YU YEE CAP LIMAU MENJADI PILIHAN TURUN TEMURUN


minyak yu yee cap limau, kegunaan, halal ke tidak
 
 

Assalammualaikum Dunia... Minyak Yu Yee Cap Limau mengandungi bau limau yang segar dan rasanya yang berangin apabila dipakai telah menambat hati keluarga MD untuk menggunakannya sejak ia mula dipasarkan sehingga ke hari ini...

Selain digunakan sebagai penawar ketika kembung perut, Minyak yu yee cap limau juga kami jadikan sebagai pengganti perfume dan akan dicalit sedikit pada baju anak-anak kecil selepas mereka mandi atau ketika hendak keluar berjalan...

Kesegaran bau limau yang dicalit pada baju mereka akan kekal  even selepas bermain dan berpeluh ...Bila dicium sedap sangat baunya kadang-kadang rasa taknak lepas dorang tu pun ada...hehehehe...

Akan tetapi benarkah ada desas desus yang mengatakan minyak Yu Yee Cap Limau ni tak halal?... sejauh mana kebenarannya?... Isu ni MD akan huraikan pada next entri ya... STAY TUNE.... hehehe

 
Wassalam


13 TIPS PERKAHWINAN DARIPADA USTAZ AZHAR IDRUS

$
0
0

Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus

13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus, tips mencari jodoh, persediaan sebelum kahwin

Assalammualaikum Dunia... Tika dan waktu dok skrol wall FB, mata tertarik dengan status yang dikongsi oleh page ZONCINTA ni... Ingat tau, dalam menuju ke alam perkahwinan tak boleh nak maen semberono je... Kena follow tips perkahwinan ni...



13 TIPS PERKAHWINAN DARIPADA USTAZ AZHAR IDRUS


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK 

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


Sumber dari http://zoncinta.com/13-tips-perkahwinan-daripada-ustaz-azhar-idrus/

Wassalam

SOALAN LAZIM TEMUDUGA SEBELUM NIKAH

$
0
0


SOALAN LAZIM TEMUDUGA SEBELUM NIKAH

rukun nikah, rukun iman, rukun islam, doa qunut dan maksudnya, soalan lazim temuduga sebelum nikah

Assalammualaikum Dunia... Khas buat bakal pengantin diluar sana yang bakal menamatkan zaman bujang korang... Terdapat sesetengah negeri, mewajibkan bakal pengantin untuk menghadiri temuduga bersama Tok Kadi terlebih dahulu sebelum mendapatkan surat kebenaran untuk berkahwin... Berikut antara soalan famous dan lazim yang akan ditanya kepada bakal pengantin....

1. RUKUN NIKAH

1. Pengantin lelaki (Calon Suami)
2. Pengantin perempuan (Calon Isteri)
3. Wali
4. Dua orang saksi lelaki
5. Ijab dan Qabul (akad nikah)

2. DOA QUNUT

اللّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ
وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَ
وَقِنِيْ بِرَحْمَتِكَ شَرَّ مَا قَضَيْتَ
فَإِنَّكَ تَقْضِى وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
وَإِنَّهُ لاَيَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَا رَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ

Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. 
Waiinahu layadziluman walait. 
Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. 
Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.

Maksud Doa Qunut:-

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan


Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

3. MANDI WAJIB

1. Niat dilakukan bersama-sama dengan basuhan pertama yang dilakukan pada anggota tubuh. Bacaan niatnya adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَكْبَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى 
Nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta'ala
Ertinya : "Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta'ala "
2. Mendahului dengan bacaanبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

3. Terlebih dahulu membersihkan semua kotoran dan najis yang terdapat pada badan.
i)Mencuci tangan sebanyak tiga kali
ii)Mencuci kemaluan dengan tangan kiri


4. Berwuduk.
i)Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa(untuk solat) atau menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
ii)Membaca doa selepas wuduk


,أَشْهَدُ اَنْ لاَإِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَوَجْعَلْنَيْ مِن
عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
“Asyhadu allaa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, wa asyhadu anna mUhammadan ‘abduhu wa Rasuuluh.
Allahumma j’alnii minat tawwabiina, waj’alnii minal mutathahiriina waj’alnii min ‘ibaadikash shalihiina.”
Ertinya :“Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang
menyekutukanNya. Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya
Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat, jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan dan
jadikanlah aku dari hambamu yang soleh.”

5.Meratakan air ke seluruh anggota badan
i)Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya sebanyak tiga
kali. Bagi wanita perlu dilepaskn ikatan rambut supaya air dapat melalui setap helaian rambut.
ii)Mendahulukn anggota tubuh yang kanan dahulu daripada yang kiri
iii)Setiap basuhan sebanyak tiga kali


4.  MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH


أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله


Ertinya :
Aku mengaku(bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan aku mengaku(bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

5. RUKUN IMAN & RUKUN ISLAM

5.1 Rukun Iman

1. Beriman kepada Allah S.W.T
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab suci
4. Beriman kepada para Rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar


5.2 Rukun Islam 

1. Mengucapkan dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat 5 waktu
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Menunaikan haji bagi yang mampu

Wassalam

RESEPI AYAM BAKAR MAYONIS

$
0
0

RESEPI AYAM BAKAR MAYONIS

resepi ayam bakar mayonis, resepi ayam, masakan ayam


Assalammualaikum Dunia... Resepi ni dishare oleh cousin MD dimukabuku.... so cecuti ni MD trylah...hehehe... sedap rasanya ayam bakar mayonis ni... Bahan-bahannya pun mudah saje...  Nak bagi extra pedas MD tumbukkan cili padi... hihihi


BAHAN-BAHAN AYAM BAKAR MAYONIS

1. Ayam untuk 2-3 orang makan
2. Mayonis 2 sudu besar
3. Sos tiram 2 sudu besar
4. Bawang putih 2-3 biji- ditumbuk
5. Serbuk lada hitam
6. Kicap secukup rasa
7. Gula secukup rasa
8. Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUAT AYAM BAKAR MAYONIS

1. Campurkan semua bahan-bahan diatas ddalam satu bekas dan gaulkan sehingga sebati...
2. Boleh perapkan seketika atau boleh jika hendak dibakar terus...
3. Masukkan dalam kuali dan kacaukan sehingga pecah minyak...
4. Siap dan sedia untuk dihidang...Sedap makan dengan nasi panas... nyum nyum nyumm...

SELAMAT MENCUBA ...

Wassalam

MINYAK YU YEE CAP LIMAU- HALAL ATAU TIDAK?

$
0
0

MINYAK YU YEE CAP LIMAU- HALAL ATAU TIDAK?

minyak yu yee cap limau halal, beza minyak yu yee cap kapal, penawar kembung perut
MINYAK YU YEE CAP LIMAU

Assalammualaikum Dunia... Benarkah minyak yu yee cap limau dikatakan mengandungi campuran "Bab 1" dan haram digunakan untuk orang Islam?


Hah, kalau korang nak tau sebenarnya yang orang Islam tak boleh guna tu ialah Minyak Yu Yee Cap Kapal dan bukannya Minyak Yu Yee Cap Limau.... >>>> INTERVIEW TOKEY KEDAI UBAT PASAL MINYAK YU YEE CAP LIMAU

Image result for minyak yuyi cap kapal, minyak yu yee cap limau halal, beza minyak yu yee cap kapal, penawar kembung perut
INI ADALAH MINYAK YU YEE CAP KAPAL-NAMPAK SAMA DENGAN MINYAK YU YEE CAP LIMAU TAPI SEBENARNYA LAIN... 

Kalau tak percaya lagi boleh cek dekat website >>> www.halal.gov.my ni...

minyak yu yee cap limau halal, beza minyak yu yee cap kapal, penawar kembung perut, halal jakim
Terbukti Kehalalan Minyak Yu Yee Cap Limau


So korang sebagai pengguna sebelum beli minyak yu yee ni kenalah periksa bebetul yer.. jangan tersalah beli pulak... Semoga dengan perkongsian ini dapat merungkaikan kesalahfahaman terhadap status halal minyak Yu Yee Cap Limau...


sumber :-
http://www.mynewshub.cc/hangat/jakim-sahkan-minyak-yu-yee-adalah-halal/
google

Wassalam

AMALAN MURAH REZEKI

$
0
0


AMALAN MURAH REZEKI

amalan murah rezeki, cara tambah pendapatan, kenapa rezeki susah nak masuk

Assalammualaikum Dunia... Sabtu lepas tengok tanyalah Ustaz Tv9, then Ustaz Hanafiah ada sharekan amalan-amalan murah rezeki....

AMALAN MURAH REZEKI


D-U-I-T

1. D

  • Doa
  • Dhuha
  • Derma

2. U

  • Usaha
  • Ukhwah

3. I

  • Istiqamah
  • Istighfar
  • Ikhtiar
  • Ilmu
  • Ikhlas

4. T

  • Taqwa
  • Tawakal
  • Tolong
  • Terima Kasih
  • Terima Takdir
  • Teruskan


Moga dapat memberikan manfaat kepada kita semua...

Sumber :
Tanyalah Ustaz

Wassalam

[CERPEN] APA ERTINYA CINTA? - PART 1

$
0
0

[CERPEN] APA ERTINYA CINTA? - PART 1

apa ertinya cinta, karangan spm 2017, jodoh milik Allah, what is love

Assalammualaikum Dunia... Saat warkah ini tertulis, aku masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi semalam.

Ya, aku amat terkejut dengan apa yang aku dengari. Walaupun reaksi aku hanya bersahaja, namun hatiku, perasaan, jiwaku bagaikan cermin hancur berkecai. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Semalaman aku tidak lena tidur kerana memikirkan hal itu.
Namun aku bersyukur Allah masih sayangkan aku.

Ya, cinta itu tidak semestinya memiliki
Sesungguhnya cinta itu mengajar kita erti menghargai

Aku akui yang aku memang menyayangi dan mencintai dia kerana Allah. Dia adalah dia.
Aku sangat suka berkawan dengan dia, kerana dia sangat “rare” bagiku. Melayan karenah gila-gila aku, membuli dia, calling him budak gemok as much as I wanted it to be, aku boleh menjadi aku bila bersamanya. Aku tidak perlu hipokrit Sepanjang tempoh itu, dia berada di setiap pelusuk hidupku.. waktu pagiku, tengahariku, malamku. Kami sentiasa ada antara satu sama lain bak kata orang 24/7. Ya aku gembira, aku bahagia kerana mempunyai kawan seperti dia. Aku bersyukur kerana Allah menghadirkan dia dalam hidupku.

Bila malam menjelma, aku tidak sabar menunggu hari esok kerana di setiap pagi pasti akan ada ucapan selamat pagi dari dia dan dia tidak pernah miss tentang rutinnya itu. Suatu hari, tiada ucapan selamat pagi dari dia, aku rasa semacam. Kenapa dengan aku ni, tercari cari dia? Kemana dia pergi? Kenapa dengan dia? Rindukah aku? Rupanya dia sengaja. Sejak hari itu, kami bergilir untuk wish selamat pagi, so adil bukan? Lama kelamaan perasaan kawan itu bertukar sedikit demi sedikit, aku mula rasa ada sesuatu perasaan yang asing yang hadir. Perasaan cinta & sayang mungkin? aku tidak pasti. Sehinggalah aku memberi idea gila kepada dia.

U.. can we stop chat, calling and ambil tahu pasal each other for 48 hours?

That’s my idea gila.. hahaha

Walaupun pada mulanya dia enggan namun, dia terpaksa akur dengan idea gila aku.
Maka, bermulalah idea gila itu. Sepanjang tempoh 48 hours itu bermacam macam perasaan muncul. Rindu? sudah semestinya. Namun ada perasaan yang lebih dari itu. Aku sayangkan dia, aku perlukan dia. Aku tidak menyangka yang dia boleh membuat aku merasa begitu setelah sekian lama pintu ini tertutup rapat. Namun aku tidak mengharapkan apa - apa kerana jarak usia kami amat jauh. Bagiku 48 hours itu terlalu panjang kerana aku sudah terbiasa dengan adanya dia di segenap hari - hariku. apa yang aku lakukan adalah dengan stalked dia (WhatsApp’s, ig, twitter, wechat & fb). Dan di setiap kali doaku pasti ada namanya. Tiada ucapan selamat pagi dan malam dari dia selama tempoh itu.

"Assalamualaikum"
"Selamat pagi princessku"

"Assalamualaikum"
"Selamat pagi akak"
"Semoga dipermudahkan segala urusan"


"Good nite my lady"
"Sleep well"
"Sweet dreams"

Ohh rindunya aku pada dia.

Setelah 48 hours itu berlalu, aku tidak sabar untuk mengetahui apakah yang terjadi kepada dia. Kuasa Allah itu maha besar, rupanya dia merasai apa yang aku rasakan. Aku tidak bertepuk sebelah tangan. Aku berterus terang dengan apa yang aku rasa tanpa mengharapkan balasan. Ya, dia akui yang dia juga berperasaan yang sama. Gembiranya hatiku bukan kepalang tapi, kami tidak mengambil keputusan untuk menjadi kekasih. Apa yang aku kata padanya ‘’just go with the flow‘’. Persahabatan kami terus berjalan seperti biasa.

Aku tak biasa
Bila kau tiada disisiku
Aku tak biasa bilaku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa
Aku tak biasa

Dari awal perkenalan lagi dia memang suka menyanyi sebelum aku tidur. Walaupun suara dia tidaklah sehebat dan semerdu Hafiz, tapi cukuplah untuk membuat aku tidur lena bertemankan mimpi - mimpi indah. Kadang - kadang kami akan berbual di telefon sehingga 2 – 3 jam, kesian dia terpaksa mendegar bebelan aku sepanjang tempoh tiu.. hahaha

Were are so cool
Were are so closed
Somebody yang kita boleh text pagi - pagi
Somebody yang kita boleh call tengah malam
Somebody yang boleh kita spend time

Hari demi hari, perasaan itu semakin bercambah. Sebenarnya aku takut untuk memberi commitment kerana aku tidak mempunyai harapan langsung diatas perhubungan ini. Tetapi, tidak salah untuk mencuba. Cuma aku hadkan perasaan itu kerana aku sendiri takut aku tidak mampu.

‘’Bangun pagi - pagi terus teringatkan akak‘’

‘’Tak sangka akak mampu membuat I rasa begini‘’

‘’Yes, I’m closer enough so I could care about u, calling u my girl n loving u as much as I wanted it to be‘’

‘’She made me realize that I can fall in love and to be love by somebody else that I couldn’t imagine to have‘’


Ya, dia memang sweet talker. Banyak lagi ayat - ayat manis dia. Namun, ini saja yang mampu aku kongsikan. Aku bukan mudah terpedaya dengan kata - kata manis dan janji – janji lelaki. Mungkin kamu akan berkata.. tipulah kalau tak termakan dengan kata - kata manis lelaki. Jawapannya, ya aku memang tidak terpedaya dengan kata - kata manis lelaki. Aku sukakanya bukan kerana itu. Ada 1 sebab yang sangat peribadi untuk aku kongsikan, biarlah teman rapat saja yang mengetahuinya. Sesungguhnya dia sendiri tidak tahu mengapa aku sukakanya.

Sejak dari persoalan itu, aku dan dia bersama. Aku bersyukur dengan kehadirannya. Walaupun usia kami jauh berbeza, tetapi dia matang dalam segala hal. Hari - hari kami berjalan dengan gembira, ceria & bahagia. Setiap hari pasti akan ada ‘’voice note‘’ mengaji dari dia. Solat lima waktu tidak pernah tinggal, Alhamdulillah. Aku sangat suka mendengar alunan suaranya mengaji. Sangat tenang jiwaku mendengarnya. Dia seorang anak yang baik, mengormati ibu bapa dan adik beradik. Salah satu sebab aku sukakan dia kerana dia pandai melakukan kerja - kerja rumah, mencuci baju, menyidai baju, melipat kain dan megemas rumah.

Setiap hari, dia pasti akan menghantar selfie atas permintaanku. Sebenarnya aku saja hendak mengetahui sejauh manakah tahap keseriusan dia terhadap aku. Banyak lagi idea merepek aku yang dia sanggup lakukan. Aku suka memanggil dia my budak rare yang gemok musuk masyam.. hahaha

Hari demi hari berlalu dengan bahagia dan gembira sehinggalah suatu hari aku perasan kenapa perasaan itu tiba - tiba saja hilang dariku. Sebelum itu, aku ada berpesan kepada kawan untuk mendoakan aku di tanah suci (tapi aku tidak tahulah samada dia mendoakan atau pun tidak) jika ya, terima kasih aku ucapkan. Tapi, aku teruskan sahaja perhubungan kami seperti biasa. Tetapi, aku perasan yang dia mula berubah sedikit demi sedikit. Tapi aku abaikan itu semua, sehinggalah dia terlupa hari lahirku. Siapa yang tidak sedih kan, orang yang kita sayang lupa hari - hari penting dalam hidup kita. Aku maafkan sahaja dia kerana malas hendak bergaduh. Hari terus berlalu dan dia tidak lagi semesra yang aku kenal dulu. Dia mula berubah sedikit demi sedikit. Aku mengesyaki ada sesuatu yang dia sembunyikan. Aku menunggu berminggu lamanya untuk dia berterus terang namun tiada. Mungkin dia tidak mengesyaki yang aku tahu akan perubahan dirinya. Akhirnya aku memberanikan diri untuk bertanya,

"u.. kenapa word yang gunakan sekarang lain ?"

"u ada someone ke ? if yes terus terang je.. I tak marah (as I mentioned before, tolong bagi tahu if u ada orang lain, jangan sampai I find out)"

Dia tidak terus menjawab, tapi aku tahu bagaimana untuk membuat dia berterus terang. Akhirnya dia mengakui yang dia berubah. Dia mengaku yang dia mengenali seseorang melalui twitter.

"Ya.. I kenal someone"
"I suka dia.."

Ohh mudahnya lelaki berubah..

Nak kata aku sedih, kecewa, terluka dan menangis memang tidak sama sekali. Aku tidak tahu mengapa aku tidak merasai itu semua. Ataukah aku yang berubah?

Akukah yang berubah sebenarnya ? Jika ya, aku berubah bukanlah disebabkan oleh lelaki lain cuma, perasaan itu sahaja yang berlalu pergi. Maafkan aku.

Kami masih lagi berhubung walaupun kami tiada apa. Cuma satu yang aku minta dari dia, boleh tak u jadi kawan i macam mana yang kita kenal mula - mula dulu. Jawapan dia pastilah yes, sebab tak nak berjauhan dari aku dan tak pernah terfikir akan berjauhan dari aku katanya. Sepertimana yang dia katakan aku adalah anugerah terindah yang pernah hadir dalam hidupnya.

Perasaan suka, kasih sayang, cinta rindu itu adalah sesuatu yang tidak mampu untuk kita tolak. Cuma ia berbeza bagaimana kita menghadapinya.

Aku tidak marah bila dia berubah hati, kerana aku tahu kemampuan aku. Aku sangat berterima kasih kerana kehadiranya adalah anugerah terindah buat aku. Aku berterima kasih padanya kerana sudi hadir dalam hidupku dan sudi meminjamkan hatinya walaupun untuk seketika. Aku sangat menghargainya.

Aku terima seadanya keaadan ini sehinggalah semalam, atas dasar kawan aku bertanya ;

Aku : "Macam mana u kenal dengan perempuan tu dan macam mana u boleh sukakan dia ?"

Dia : "I kenal dia dari twitter, I dm dia .. dm .. dm.. sehinggalah perempuan tu membalas."

Then, sebab apa u suka dia. Dia terdiam. Bukan mudah untuk memujuk dia berterus terang. Akhirnya dia berterus terang yang dia berkenalan dengan perempuan itu atas dasar nafsu. Aku terdiam, mengucap panjang dalam hati. Dia malu sebenarnya untuk berterus terang, tapi aku tidak puas hati sehinggalah dia bercerita semuanya. Aku amat - amat terkejut dengan pengakuannya. Aku bersyukur kerana Allah melindungi aku. Terima kasih Allah

Sungguh mudah lelaki berubah atas dasar nafsu, atau dia tidak dapat menilai antara nafsu dan cinta.
Kekalkah perasaan suka sayang atas dasar nafsu ?

Setiap manusia pasti ada sisi gelap yang yang kita tidak mahu orang ketahui tapi percayalah, aku terima dia sedaanya. Walau siapa pun dia. Kerana dia adalalah dia.

Aku sayangkan dia, kerana dia kawan yang baik, cuma aku ralat dia berubah kerana itu.
Aku tidak sanggup membiarkan dia terus hanyut.
Aku doakan semoga dia tidak jauh tersasar dari landasan.
Aku disini sebagai kawan mendoakan kau berjaya mengharungi ujian Allah ini.
Hadapilah ujian Allah ini dengan sebaiknya.
Aku akan tetap disini membantu sebaik mungkin tapi untuk berubah kau kena berusaha.

Ya., aku rindu.. rindu kawan yang mula mula aku kenal dahulu. It was happy together

-bersambung-


** Berdasarkan pengalaman seorang sahabat...

Wassalam





TAWARAN KUPON SEHINGGA 90% SEMPENA JUALAN HUJUNG TAHUN

$
0
0

TAWARAN KUPON SEHINGGA 90% SEMPENA JUALAN HUJUNG TAHUN


Assalammualaikum Dunia....Korang online shopper tegar? ...  kalau betul, meh nak habaq, ada berita baik nak dikongsikan... sebenarnya lebih untuk diri sendiri jugak... hehehe...Agak-agakkan apa shopping website yang menjadi pilihan hati korang?...

Pernah dengar tak website paylesser.com? MD baru tau rupanya paylesser.com merupakan syarikat yang menawarkan kupon, baucer dan kod promosi untuk produk yang berbeza dimana ia akan membuatkan kita sebagai pengguna merasa keseronokan yang tidak terhingga dan memudahkan urusniaga jual beli ketika berbelanja secara online...


Hanya dengan klik 1 website ni je, kita sebagai pengguna boleh memilih untuk berbelanja samaada di Lazada, Zalora, Groupon, Hotels.com, Air Asia Go.com serta banyak lagi online shop yang menarik... So korang tak perlulah membuang masa berjam-jam menghabiskan minyak diatas jalan raya menempuh jem untuk ke pusat membeli belah atau ke travel agency... Jimat masa, tenaga dan minyak sangat kan...

Sebagai online shopper tegar, dengan adanya paylesser.com, MD boleh menebus baucer dan mendapatkan diskaun tambahan apabila membeli belah produk yang berbeza dilaman web yang berbeza... kenapa nak yang susah kalau dah ada yang mudah dan menjimatkan... betul tak?... Habislah makin sakan MD menyopping lepas ni... hehehe... tambah-tambah pulak hujung tahun dan nak Krismas ni, lagilah banyak sales yang ditawarkan... Ada tu diskaun sehingga 90% kaww... Rambang ler mata mak noks... hehehehe... Tak caya? Tengok kat sini >>>

Christmas Shopping Deals and Coupons



Sempena hari Krismas yang bakal menjelang lagi beberapa hari, korang yang masih belum dapat hadiah untuk diberikan pada kawan-kawan non muslim yang menyambut perayaan ini, di paylesser.com ada banyak pilihan tau.. just pilih je di sini >>> Christmas Shopping Deals and Coupons ... Tau tak korang kenapa ia dinamakan Christmas Shopping Deals and Coupons?... Hah, sebabnya bagi mereka yang menyambut perayaan ini, Hari Krismas adalah masa untuk mencintai dan dicintai, memanjakan dan dimanjakan dan menghadiahkan dan dihadiahi... Jadi dengan tawaran hebat dan diskaun yang diberikan oleh paylesser.com pada produk kegemaran pelanggan, ia akan membuatkan para pelanggan berasa lebih teruja untuk berbelanja...!

Antara produk-produk yang ditawarkan di paylesser.com mengikut kategori adalah:-

Wanita - Menawarkan semua produk keperluan dan kehendak wanita moden seperti jam tangan, kasut, barang kemas, kaca mata, minyak wangi, cermin mata hitam, dompet, aksesori, pakaian, dan lain-lain
Lelaki - Menawarkan semua produkkeperluan dan kehendak lelaki moden seperti jam tangan, kasut, kaca mata, minyak wangi, cermin mata hitam, beg, dompet,aksesori, pakaian, dan lain-lain
Mobiles & Tablet - Menawarkan produk utama termasuk telefon bimbit, aksesori telefon bimbit, jam tangan pintar, tablet, aksesori tablet dan lain-lain
Elektronik - Menawarkan produk elektrik seperti peralatan rumah, komputer, permainan dan lain-lain
Kategori lain - Menawarkan produk seperti barangan keperluan bayi dan kanak-kanak, hiasan dalaman dan luaran rumah, buku dan muzik, sukan dan kecergasan, kecantikan dan kesihatan serta percutian dan penginapan.


Selain itu, bagi korang yang suka membuat booking restoren, penginapan atau pusat kecantikan melalui website Groupon, di paylesser.com juga ada menawarkan diskaun kupon dan baucer hebat untuk korang nikmati... >>>

Groupon Malaysia Deals - December 2016



CARA MUDAH UNTUK MENDAFTAR DI PAYLESSER.COM



So korang, jangan tunggu-tunggu lagi, serius tak rugi menjadi ahli paylesser.com... caranya mudah sangat, korang just sign up je dekat website paylesser.com, follow je step-stepnya dan kemudian korang boleh menikmati tawaran-tawaran terkini, terbaik, dan menakjubkan dengan harga terendah yang tak masuk dek akal dari kedai eksklusif pilihan korang... Sebagai contoh baucer Lazada yang ditawarkan di paylesser.com sentiasa dikemaskini oleh pasukan penganalisis berdedikasi dan amanah, dimana mereka menawarkan diskaun semaksimumnya kepada korang untuk membeli belah dengan jiwa yang tenang...

Ingat tau, zaman ekonomi agak goyah ni, kita sebagai pelanggan dan pengguna kenalah bijak dalam membuat pilihan dan berbelanja... Selagi boleh berjimat, kita haruslah berjimat...Jangan terlalu boros dan membazir... Jadilah pengguna yang bijak... Belilah produk berkualiti dengan harga terendah hanya di paylesser.com...

Wassalam



RESEPI AYAM KARAMEL MUDAH

$
0
0

RESEPI AYAM KARAMEL MUDAH

resepi ayam karamel mudah, resepi ayam, bahan-bahan, cara-cara,

Assalammualaikum Dunia.... Bosan cuti lama tak tau nak masak apa dah... google-google terjumpa resepi ayam karamel mudah dari blog maziahismail.com ni... hehehe

BAHAN-BAHAN AYAM KARAMEL

credit to : Maziah Ismail
2 ketul Ayam yang dipotong 4, kemudian di potong kecil-kecil.
4 sudu besar Madu**
6 sudu besar Sos Tiram**
6 sudu besar Sos Cili**
1 labu Bawang Putih
2 inci Halia ditumbuk
Minyak untuk menumis
Sedikit kicap manis untuk bagi warna gelap sikit pada kuah**

CARA-CARA MEMASAK AYAM KARAMEL

– Panaskan sedikit minyak untuk menumis... (Anggaran dalam 3 sudu besar...)
– Tumiskan halia dan bawang putih sehingga naik bau...
– Kemudian masukkan ayam yang dipotong kecil tadi...
– Kacau dan biarkan ia masak sedikit dan tutup kuali supaya ayam cepat empuk...
– Buka tudung dan kacau-kacau lagi supaya bawah tidak hangit...
– Kemudian boleh masukkan semua bahan-bahan yang bertanda **...
– Kacau sehingga pekat dan kuah bersalut pada ayam... Gunakan api sederhana hingga kecil sahaja supaya ayam masak sempurna dan tidak hangit...
– Siap dan boleh dihidang...

SELAMAT MENCUBA     

Wassalam

TUNANGKU MR UBER

$
0
0

TUNANGKU MR UBER


Assalammualaikum Dunia... Masih belum terlambat rasanya untuk diri ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 kepada semua sahabat alam maya.... ❤❤❤

Pembukaan untuk tahun 2017 yang tidak dijangka sejak awal... Semuanya last minit plan dan berlaku terlalu pantas...  Bila Allah berkata jadi maka jadilah ia... Alhamdulillah tanggal 01.01.2017, diri ini telah menjadi tunang Mr Uber... hehehehe... tajuk entri takmo kalah kaw...☺☺☺

Semuanya buat ringkas-ringkas je... yang hadir pun hanya saudara mara terdekat saje... dan ramai jugek saudara mara sebelah ayah yang tak tau lagi... bukan taknak bagitau tapi biarlah mase yang berbicara... giteww...hehehe... Ni je pic-pic yang dapat snap mase hari kejadian....

 Hadiah daripada sebelah perempuan

tunangku mr uber, drama terbaik 2017, engangement day, hantaran mudah
Princess Loqlaq

tunangku mr uber, drama terbaik 2017, engangement day, hantaran mudah
Bunga paha

tunangku mr uber, drama terbaik 2017, engangement day, hantaran mudah
Kek Batik @caramelazat

tunangku mr uber, drama terbaik 2017, engangement day, hantaran mudah
Gula-gula junjung

tunangku mr uber, drama terbaik 2017, engangement day, hantaran mudah

Hadiah daripada sebelah Mr Uber

tunangku mr uber, drama terbaik 2017, engangement day, hantaran mudah
Buah ponjot yang digubah Mr Uber & Adiknya...

tunangku mr uber, drama terbaik 2017, engangement day, hantaran mudah
Kek coklat yang dilimpahi aneka jenis coklat
Macam biasalah kan, mesti ada acara menyarung cincin... mase ni ma Mr Uber tanya nak sarung tangan kanan ke kiri?... kite hulur je r tangan kanan... nampak sopan sikit kan... perghhh masa ni dia punya cover keayuan tak hengat baq ang... gelak pun tak nampak gigi... mulut pun tak terbukak kaw...hahahhahaa...

Fuh fuh..tarik napas lepas....hahahaha

Ni jelah gambo kenangan kitorang berdua yang ade... Mr Uber mintak wajahnya yang persis Shah Rukh Khan ni dirasiakan dulu... takut-takut ramai pula peminat nak naek Uber dia nanti...hahahhaa... #tolonglahjanganperasansangat....hurmm... kalau bergambar mata tak terpejam bukan MD r namanya tu...huhuhuhu...bff siap cakap, "Mas, simpan sikit pipi tu.." sebab dikatakan pipi tu telah menolak mate sehingga tertutup bile senyum... hahahahaha...

Tunangku Mr Uber Vs Ratu Tido
In shaa Allah, majlis pernikahan akan diadakan pertengahan 2017... semoga dipermudahkan urusan kami ...Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga juga kepada yang mendoakan kebahagiaan kami... ❤❤❤


Wassalam

KEKAL SIHAT DENGAN MILAGRO COFFEE PATAWALI

$
0
0

KEKAL SIHAT DENGAN MILAGRO COFFEE PATAWALI

milagro coffee patawali, khasiat dan kebaikan, pengasas, peraduan milagro coffee, testimoni

Assalammualaikum Dunia…Nak tanya ni, korang pernah dengar tak patawali atau akar seruntun?.. Bagi MD ni first time tau dengar nama tumbuhan ni…macam jakun sikitlah… hehehe… Nama saintifiknya adalah Tinospora Chrispa…Ia boleh didapati di bahagian barat daya China ke Asia Tenggara termasuk India, Indonesia, Filipina dan Malaysia… Apa yang paling menakjubkan ia telah digunakan sebagai herba utama didalam Milagro Coffee…


Image may contain: 2 people, people smiling, milagro coffee patawali, khasiat dan kebaikan, pengasas, peraduan milagro coffee, testimoni
Sumber : FB Puan Salmah Hayan

Puan Salmah Hayan, Pengarah Urusan dari Aqid Aqila Resources Sdn Bhd merupakan pengasas Milagro Coffee…Tagline bagi Milagro Coffee ini adalah Mmm… Sedap Ek… Milagro Coffee adalah  kopi pra campur 7 dalam 1  yang dicampur dengan kopi arabika dan robusta yang berkualiti tinggi dan diperkayakan dengan beberapa ekstrak herba  khas seperti halia, lada hitam, rock salt dan yang paling utama Tinospora a.k.a Patawali a.k.a Akar Seruntun…

KHASIAT DAN KEBAIKAN MENGAMALKAN MILAGRO COFFEE

Milagro Coffee dapat mencegah dan mengawal:-
     ✔ Penyakit Kencing Manis
✔ Darah Tinggi 
✔ Sakit Sendi
✔ Kanser
✔ Cergas Badan
✔ Bertenaga
✔ Hilang Penyakit Gatal2
✔ Keradangan
✔ Alahan
✔ Batuk
✔ Demam Malaria
✔ Menguatkan TENAGA BATIN
✔ Awet Muda

Malah ia mengandungi khasiat serta:-
·        Tinggi antioksidan
·        Menguatkan saraf dan system  pertahanan tubuh badan
·      ✔  Mengembalikan tenaga dengan segera

TESTIMONI MILAGRO COFFEE

milagro coffee patawali, khasiat dan kebaikan, pengasas, peraduan milagro coffee, testimoni

Haritu MD bawak beberapa sachet balik rumah… lepastu masa kat ofis mak call bagitau nak  minum  Milagro Coffee ni…  masa tu dia tengah demam, selsema,  batuk… Esoknya dia cakap, lepas minum tu kahak dia keluar banyak… lega sikit  rasanya… MD dengar pun seronok… Alhamdulillah…

Tu kisah mak, MD pulak memang ade masalah sakit pinggang dan sendi-sendi… kadang tak tahan sakit tu sampai telan pain killer… Beberapa hari consume Milagro Coffee, baru terperasan yang sakit tu dah berkurangan… duduk lame depan PC pun takde dah lenguh pinggang… Alhamdulillah,serasi sangat dengan Milagro Coffee ni…

PELUANG MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN BERSAMA MILAGRO COFFEE

Ekonomi Malaysia tahun 2017 boleh dikatakan berada ditahap membimbangkan… So bagi korang yang ingin menambah pendapatan tambahan, Milagro Coffee membuka peluang kepada korang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga mereka…Milagro Coffee juga mengalu-alukan pengedar-pengedar tunggal dari syarikat-syarikat atau individu untuk mendapatkan plan perniagaan yang sangat menarik. Apa tunggu lagi… Jangan lepaskan peluang ini…

HARGA


Setiap kotak Milagro Coffee yang mengandungi 20 sachet hanya berharga RM55 SAHAJA!!... Dengan khasiat yang banyak, maka harga ini sangat berbaloi hokay!... Jom kekal sihat dengan Milagro Coffee…
Bagi korang yang hendak  membuat tempahan atau menjana pendapatan bersama Milagro Coffee boleh hubungi :-

FACEBOOK 

INSTAGRAM

CONTACT NO
012 – 3702676

 PERADUAN MILAGRO COFFEE

Akhir sekali, untuk pengetahuan korang, Milagro Coffee sedang menganjurkan contest… Hadiah yang ditawarkan juga sangat-sangat lumayan… Step-stepnya adalah seperti berikut :-

TASK . Tanda KUNING adalah WAJIB 
TASK A, B & C WAJIB beritahu “MILAGRO COFFEE” mengadakan peraduan dengan hadiah yang amat lumayan serta berbaloi. 
A) Selfie bersama produk / gambar produk
B) Buat blogpost di blog, tajuk blog WAJIB ada perkataan “MILAGRO COFFEE” 
C) Lakonkan dan bina satu video minum “MILAGRO COFFEE”

SYARAT PERADUAN
A) Setiap penyertaan hendaklah dapatkan 1 Kotak “MILAGRO COFFEE”, iaitu wajib beli produk “MILAGRO COFFE” sekurang-kurangnya 1 kotak.
B) Penyertaan yang mempunyai LIKE & SHARE yang paling banyak dikira pemenang.

HADIAH PERADUAN
TEMPAT PERTAMA :
CASH MONEY BERNILAI RM1500 + 1 KOTAK MINUMAN MILAGRO COFFEE + MUG

TEMPAT KEDUA :
CASH MONEY BERNILAI RM1000 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

TEMPAT KETIGA :
CASH MONEY BERNILAI RM500 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

SAGUHATI :
CASH MONEY BERNILAI RM250 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

MD pun tidak ketinggalan untuk menyertai contest ni... Harap-harap ada rezeki kahwin nanti... heheehehe... ❤❤❤



Wassalam



Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

$
0
0

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my


Assalammualaikum Dunia... Nile.com.my yang merupakan website online shopping untuk baju muslimah, pakaian, kasut, beg, buku, barang-barang gym, barang dapur dan banyak lagi, akan mengadakan giveaway semasa Tahun Baru Cina iaitu jatuh pada 28 Januari 2017 ini.

Hadiah-hadiahnya korang boleh tengok kat bawah ni :

RM300 Duit Raya x 1 pemenang
RM200 Duit Raya x 2 pemenang
RM100 Duit Raya x 3 pemenang

Macam mana cara nak join ? Mudah je. Hanya buat satu blogpost dan ikut 4 step di bawah :

1. Tajuk : "Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my"
2. Letak banner kat bawah ni dalam entry korang dan linkkan kat banner tu dengan link yang ini : 

nile.com.my, Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my, lyssa faizureen, duit raya

3. Dan daripada link tersebut, korang pilih 5 items daripada "Chinese New Year Megasales Items" yang korang nak sangat-sangat daripada nile.com.mydan korang mentionkan dalam entry korang tu nanti...

Dibawah ni 5 items yang MD nak sangat dari Nile.com.my :-

nile.com.my, Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my, lyssa faizureen, duit raya

Product:  Male/ Female Canvas Shoes

CNY2017 Sales price: RM15.50
Date: 13/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

nile.com.my, Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my, lyssa faizureen, duit raya3
Product: Men Jeans
CNY2017 Sales price: RM16.90
Date: 16/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 240 units only


nile.com.my, Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my, lyssa faizureen, duit raya

Product: Superman Men Sport Wear
CNY2017 Sales price: RM15.90
Date: 16/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 160 units only

nile.com.my, Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my, lyssa faizureen, duit raya

Product: Traveler Backpack
CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 190 units only


Product: Haniya Blouse
CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 169 units only

4. Email kan terus kepada give_away@nile.com.my beserta dengan detail dan tajuk :

Chinese New Year Megasales Giveaway

Link blog :
Nama Penuh :
No. Telefon :

Contoh :


5. Korang boleh check result >> DI SINI << 

Tarikh tutup korang update blog adalah pada --> 26/01/2017 , 11.59 pm

Korang nampak je entri Lyssa tu, baik terus update sekarang ! Jangan tangguh-tangguh lagi. Nanti korang lupa, habis ... RUGI OOOO ! :D 

Lepas dah join tu, jangan lupa pulak bagitau kawan-kawan yang lain. Jom sama-sama kita kasi meriahkan lagi giveaway kali ni ! :D

Wassalam
Viewing all 524 articles
Browse latest View live